P1280282
Salam semua, selamat petang....Pernah makan "dory" nya fillet?. Tu hari mat try test beli dan masak ala2 sweet sour tapi guna plum sos. Tapi ikan tu mat goreng dulu, yang tu nanti kita cerita yea. Mulakan mat tatau apa tu ikan dory, seorang teman masak2 mat yang menetap di Australia cerita, yang fillet depa suami isteri makan rupanya dari ikan patin..tuu dia, bila ikan dah ada nama kat IC, terus kita semua tataukan nama kampung dia, tapinya dia sedap. Mat saja try masak dalam 500 gram fillet dia...enak dimakan panas sejurus lepas dimasak...ok mat tulis resipi mudah ini...Jommm semak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram fillet ikan dory (boleh beli kat pasaraya)
1 biji telur, ambik putih sahaja
Tepung beras secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio"
1/4 red capsicum, didadu
1/4 green capsicum, didadu
1/4 yellow capsicum, didadu
1 batang saleri, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos plum
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap bersama jus limau kasturi sekejap, cuci kembali dan lap kering, kemudian potong kiub saiz sederhana besar, tabur serbuk lada hitam berperisa rata2. Golek2kan atas tepung kemudian masukkan dalam putih telur, toskan dan golek sekali lagi dengan tepung beras rata2. Goreng terendam dalam minyak hingga garing, pastikan api jangan terlalu besar. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan saleri, tumis hingga harum. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos oplum, kacau rata dan tuang air. Masukkan semua casicum tadi dan masak sekejap.
  3. Bila kuah hampir pekat, masukkan ikan dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikah api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan..;.