P1270066
Salamm semua, Haaa..Yuyu Zulaikah blogger comey yang naik dengan begitu mendadak, menjadi seorang penagih?...Ish ish ish..tak sangkaa..kannn...Haha..sabarr, dia penagih "tempe" lahhh. Dia ni antara blogger yang palingg rajin komen, dah lah tu antara yang terawal komen. Terima kasih Yuyu..apa yang anda nikmati sekarang adalah hasil kesabaran dan imbuhan dari mereka2 yang suka menuduh, mencaci blogger bernamaYuyu Zulaikha....PCM, bangga dengan pencapaian blog anda sekarang ni..Usaha gigih lagi yeaa..nanti boleh jadi macam sorang model yang nama seakan2 Yuyu tu (pcm tak mo lah sebut sapa..) . Tempe..kenal tak?..makanan paling sinonim dengan orang Jawa...macam mat lah, kita kan kira fusion nya manusia, melayu + peranakan + jawa dan dengar cerita ada gak campur Bugis..wahhh, pengsannn. Tempe ni mat goreng atas permintaan tuan terutama...kita hanya menurut perintah.

P1270094
Kalau dah goreng, kena lah makan dengan sambal kicap. Mat goreng guna baki tepung goreng pisang pagi tadi. Mat campur sedikit rempah ratus dalam dia bagi lebih berperisa. N3 ni cuma lebih bercerita sambil lihat2 gambar dan jari mat gebu...hehe. Pada mat kan, tempe yang bungkus daun lebih berperisa dan wangi, berbanding tempe bungkus plastik. Cuma, kalau kita nak hiris nipis mat lebih suka tempe bungkus plastik. Kalau nak raya, permintaan tempe selalunya diluar jangkaan...kira berebut lahh.. ok kita lihat2 lah resipi dia...mat tulis secara ringkas saja..Ok..jommmm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping tempe, mat guna yang berbungkus daun
Bancuhan tepung gorengan (resipi kat sini...tapi anda pandai2 lah adjust)
3/4 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
Sedikit serbuk kunyit (optional)
Garam jika perlu
Sambal kicap sebagai pencicah..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris layang, kemudian ketepikan. Satukan bahan tumbuk halus, serbuk kunyit dan bancuhan tepung tadi. Gaul rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam.
  2. Celup tempe tadi dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak sederhana panas hingga tempe masak dan garing. Angkat dan toskan. Buat kaedah yang sama untuk baki tempe. Hidangkan bersama sambal kicap...