P1270366
Salam morning Rabu...eh betul ke Rabu. Tau tak semalam mat mengong, kat Sahabat Blogger ada ke mat gebu ucap selamat pagi Rabu?..Walhal semalam kan Selasa...huhu, boringg lahh semalam, semua orang macam mood down jee, jiran sebelah pun semalam cuti, adehh lagi bosing pakcik mat tak boleh nak ngacau. Pagi ni tatau apa nak sarapan, biksut krim kraker ada lah, tapi kan tatau lah macam bosann je nengok. Belek2 blog DTS ni, kan terselak page yang ada lempeng bawang karya my dear mentor "Mama Fami". Uikk tak kenal ke?..kalau blogger masak2 tak kenal mamafami, hmm anda bukan trueblue masak2 nya blogger okehh..pssstt dia pernah keluar majalah Jelita...klik sini kalau luu orang tak caya..

P1270369
Lepas tu kan, makan pulak dengan sambal tumis semalam punyaa...hadoii, masa makan dan kunyah dengan penuh sopan ((dan rakuss)), sampai tak sedau nih habis sekeping..sat lagi licin 1 lagi..waaa 2 keping dah licin..alahh macam mana ni dah makan 2 keping..haha. Mat buat guna non-stick pan saiz 9 inci, mat lenser kuali tu dengan sedikit minyak canola (koo belasah minyak sawit pun bolehh!). Lepas tu anda melempeng lah macam biasa yea...Masak dengan api sederhana....hmm yang ni nanti boleh baca kat bawah yeaa...Ohh..pstt, dapat sesuatu dari Kak Jee..

Terima kasih Kak Jee atau Puan Fauziah Abdul Samad atas tanda ingatan beliau pada blog DTS-MAT GEBU. Kak Jee ni anda tau kan dia seorang wanita yang banyak pengalaman, kira ada lesen besar ni beb!!..Suka berterus terang, jadi kena lah ada anti-body kuat kalau koo nak suruh dia kritik...Aku pun takutttt....kecutt okehhh!..Haha, sori Kak Jee gurau je, Puan Fauziah seorang bekas wartawan dan luas pengalaman dia, setakat rahsia2 artis ni semua dalam poket baju kurung jee..kann. Satu yang mat salute, skill memasak dia, jangan memain...boleh nangess okeh. Pada Kak Jee, terima kasih dan moga Allah memberkati Kak Jee sekeluarga..aminnnn. Blog beliau di sini...Hahah, ambik koo sekali mat gebu bebel..melelehhh...Jomm semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 1/2 cawan air (ikut pekat)
2 camca besar minyak masak
5 pokok kuchai, hiris halus
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder
Sambal tumis untuk dicicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi...