Assalammualaikum, salam semua... Maaf terlewat masukkan N3. Dalam N3 lepas ada yang tegur mat macam berkecil hati..merajuk...huhu, tak delah..cuma mat kadang2 rasa macam mood nak berblog down. Nak tengok blog pun...ntah lahh, dah tak sepenuh hati. Cuma bila mat cuba nak lari sekejap dari blog DTS, tapi dalam hati tu rasa berat...rasa sayang..hmm, ntah lah malas nak fikir..selagi ada kudrat dan kerajinan insya allah mat akan isi N3 blog dengan resipi2 yang mat buat....dan jika ada kemushkilan boleh YM = mat_gebu , Ok kali ni mat share kari kepala ikan, badan dia mat dah buat sup yang semalam tu kat sini... Dan kepala dia kita buat kari, kali ni kari tanpa santan, mat guna susu cair.. Ok walaupun kari biasa je, mat share jugalah resipinya..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan yang masih berdaging
1 biji timun saiz sederhana
1 biji tomato, belah 6
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 keping asam gelugor
100 ml susu sejat "Ideal"
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari (mat guna jenama baba's)
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
1 camca teh halba campur*(*bahan tumis)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/3 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ketul kepala ikan yang masih berdaging
1 biji timun saiz sederhana
1 biji tomato, belah 6
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 keping asam gelugor
100 ml susu sejat "Ideal"
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari (mat guna jenama baba's)
Air secukupnya
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
1 camca teh halba campur*(*bahan tumis)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/3 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kepala ikan dibersihkan, belah 2 dan jika besar potong pada saiz sederhana. Perap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan. Buang sedikit empulurnya, cuci dan tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili dan tumis lagi, sementara itu bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata2 dan tuang ke dalam periuk. Tumis hingga terbit minyak.
- Tuang air, masukkan asam gelugor dan kepala ikan tadi. Biar mendidih dan masukkan timun, biar hingga timun lembut. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan susu sejat dan kecil kan api, kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Masuk tomato dan belahan cili, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api....
18 Comments
pak cik mat tak berapa gebuuu! tak mo la down nak berbelog.. kesian perot saya :(
ReplyDeletesalam perkenalan....masuk-masuk jer tgk kari..sedapnyer....terliur...he he he....makan ngan nasi panas-panas...pergh.....;)
ReplyDeletetimun ? dalam kari??? wahhhh hebatt!
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?
ermm sedappp
ReplyDeletejgnla benti..ai nk belaja msk dr spe lagi=(
ReplyDeleteCheer up mat!...nice fish head curry...buat akak laparlah pulak...padahal baru je lunch tadi...ini membuktikan hasil usaha mat selama ini mmg mengundang selera...tahniah.
ReplyDeleteTeruskn ber'blogging' demi blogger2 muda mcm akak ni ye mat...
wah syedapnyer... minta sikit nak makan dgn nasik panas
ReplyDeleteTERLIURNYER!!!!!
ReplyDeleteEemmmm...sapa lg la yg kacau2 Mat tu eh...sabar byk2 yea Mat..dugaan kita berblog...
ReplyDeleteMantap..ni nak suh akak buat ni..
ReplyDeletewow !!!! mcm sedap je cik mat. nak sikit ....
ReplyDeleteJIJI-FIFY
ReplyDeleteItu baru timun dalam kari ko dh heran..itu belum tgk rambutan dgn mangga telur lg tuuu(org utara pggil mempelam telur)..peh..lg best
Nanti nak try lauk ni lah.
ReplyDeletehari dah try ikan 3 rasa.
Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
Pelajar Di Bunuh Hanya Kerana RM7 ?
hai....pcm
ReplyDeletenamau sedih2 n down2..
ramai tau concern kt pcm..
fyd x berpeluang lg m'cuba resepi2 pcm..insyaallah ade mse boleh menyahut cabaran pcm pulak mcm ady budika, ina n lain2...:)
akhir kata...teruskan berblog ye pcm..:)
timun masak gulai lemak cili api ngan ikan masin pon sedap kann.. kecur air liuQQ..huhuhu
ReplyDeleteSalam CMG. Yeah, hidup CMG! Cam tu la.. Jgn menajuk-menajuk selalu. Kalau rasa down, zikir banyak-banyak supaya perasaan tu tenang kembali. Saya salute Cik Mat sebab rajin masak. Kalah org pompuan meh...
ReplyDeletememang peberet la kari kepala ikan nih.. yumm.. :)
ReplyDeleteWah enaknya resepi awak. Tkasih...Lazat hingga menjilat bibir
ReplyDelete