KERABU TELUR ala PERANAKAN.

P1270044
Salam semua.....N3 kali ni mat share satu resipi gaya peranakan. Rasanya lama juga mat tak menyelitkan N3 masakan berunsur baba nyonya ni kan. Kadang2 kita jadi buntu dan tatau nak masak apa. Kalau mat masak benda2 berasaskan pasta, ianya tidak menjadi kegemaran orang2 di rumah mat, mereka lebih terikat dengan selera tradisi, boring juga kalau masak benda yang sama jee, lagi benda2 yang bersantan....pengsan leerr. Hari ni masa makan tengah hari tadi sempat lah mat buat kerabu telur ala peranakan. Yang ni mat suka sebab ada macam2 rasa, ada masam, manis, sedikit masin dan harum dari aroma bunga kantan dan pucuk kesom,,,,

P1270048
Mat amat mengangumi dunia orang2 peranakan baba dan nyonya. Budaya mereka, ketelitian mereka, kehalusan hasil kerja mereka...kalau tak, takkan arwah Datin Endon menggelar budaya peranakan sebagai "the living art". Jangan salah sangka, orang peranakan tak sama macam orang cina biasa, mereka tu kira cina "fusion", ada percampuran adat budaya melayu...Mat tak payah lah kan tulis asal usul mereka sebab dah banyak kali juga mat cerita pasal dunia peranakan ni. Ok jom mat share sekali lagi resipi kerabu telur nih..Ooo kena pantun lahh...hehe...

ANAK BABA MEMANCING IKAN,
DAPAT BANYAK JUAL DI PEKAN,
KERABU TELUR ALA PERANAKAN,
SEDAP DIMAKAN SEJURUS DISIAPKAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
1 biji bawang besar, hiris halus
2 biji tomato, buang biji dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 genggam pucuk kesom, hiris halus
5-6 biji cili padi merah siam, hiris
Jus limau kasturi secukupnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya
2 biji cili merah*
7 biji cili padi merah thai*
1 ulas bawang putih, dibakar*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Setiap satu telur tadi dibuat dadar nipis. Kemudian gulung dan hiris halus2, masukkan dalam satu bekas. Satukan dengan semua bahan2 diatas kecuali jus limau, sos ikan dan gula. Gaul rata.
  2. Tambah sedikit gula, jus limau kasturi dan sos ikan secukup rasa. Gaul dan biar sekejap. Sesuaikan rasa, mesti ada rasa masam, manis, pedas dan sedikit lemak2 masin. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....

Post a Comment

11 Comments

  1. pcm!!!!!!!!!! "mengangumi dunia"

    hahaha~

    ReplyDelete
  2. Assalam CMG, kerabu tu mmg best nampaknya x pernah rasa :( namun keanggunan bertambah kerana duduk dalam pinggan yang antik macam tu :)
    New Entry "Kad Pengenalan Perdana Menteri."

    ReplyDelete
  3. nampak berseri kerabu telur dalam mangkuk antik 2...

    ReplyDelete
  4. simple tapi kelihatan menyelerakan.

    ReplyDelete
  5. saya peminat kerabu!!! nyum2! poskan ke lumut sket!!

    ReplyDelete
  6. hantar kt kak jie skit mat
    hari ni penatlah...
    mengecat dua bilik, esok lagi

    aedih..terkehel leher dah ni

    jgn lupa...email semangkuk

    ReplyDelete
  7. fuiyooo set mangkuk tu cantik gilerr

    ReplyDelete
  8. Kelaaaas la resepi ni. Sedap!!! Set mangkuk tu glamor la. (Busy body sikit...)Mana beli?

    ReplyDelete
  9. nampak sedap betul ni esok lusa gee nak cuba pulak selalunya bikin kerabu telur masin je.. tq for the idea Che Mat :)

    ReplyDelete
  10. perghhh abg mat..suke bg ceq meleleh ayaq liuq taw..waaa nk2...hebat ar abg mat nih..



    jom bkongsi ilmu manfaat..
    utk bekalan akhirat..
    http://itqannajah.blogspot.com/2011/04/surah2-mujarab-amalan-nabi-muhammad-saw.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.