P1270703
Assalammualaikum, dah siap masak?..Tu bagi surirumah lah. Kalau yang kerja tak yah lah nak fikir, just focus at your work jeee kan, bila petang baru fikir. Mat pun masak sebab ada permintaan, kadang nak masak2 lemak ni ada sikit malas, tau jelah kan santan, lepas tu benda2 macam ni, kalau makan isi saja, tak ambik kuah, tak kick. Kalau kat kampung dan jika ada stok kelapa, pilihan utama mesti lah guna santan segar. Kelapa pun mahal sekarang ni. Batang keladi ni baki yang mat masak asam tumis tu hari kat sini... Sebab banyak, jadi bonda simpan sedikit sedikit. Hari ni mat masak dengan ikan masin kembong. Hmm ok lah, kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pokok keladi minyak, siang, cuci dan toskan
2 ekor ikan masin kembong hijau,
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugor
200 ml santan pekat
600 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
25 biji cili padi kampung jenis hijau
4 bijji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Batang keladi dan keladi dicelur dalam air mendidih yang dimasukkan asam gelugor dan sedikit garam, toskan. Ikan kembong masin, dikerat dua setiap seekor, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan santan cair dan asam gelugor. Bila mendidih, masukan batang keladi dan santan pekat. Masuk ikan masin dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
  3. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masuk juga daun kunyit yang disiat2. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..
CATATAN MAT GEBU :- Berhati2 dengan garam kerana ikan masin akan mengeluarkan garam dan ini boleh menyebabkan kuah menjadi masin. Boleh juga direndam dahulu ikan masin, tapi harus dimasukkan akhir, ini kerana kalau dimasukkan awal, dikhutiri ikan akan hancur...