LEMAK PUCUK UBI & KUPANG....LAUK KENANGAN..

P1260291
Assalammualaikum, salam Jumaat semua, sekarang ni mat jarang dah letak N3 sarapan, bukan apa, mat sarap biasa2 jee, macam biskut, tak pun roti.. Kali ni N3 terus mat letak masakan tengah hari, masak biasa2 saja, kita kat kampung ni bahan2 mentah banyak, rajin dengan tak jee..Gulai pucuk ubi dengan kupang ni satu masakan kenangan, sebab arwah datuk mat, suka sangat lauk ni..al-fatihah untuk arwah. Pagi tadi mat turun ke tanah rendah untuk kutip pucuk ubi dalam secekak macam tu. Ok lah...kita teruskan dengan resipi..hari ni mat rasa tak berapa ok laa, sejak malam tadi siku belah kiri ni sakit..nak angkat tangan pun rasa payah...huhu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekek pucuk ubi, asingkan tangkainya, celur hingga lembut, toskan
1 1/2 cawan kupang, dibersihkan
2 batang serai
200 ml pati santan
700 ml santan cair
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa(@serbuk perasa)
3 biji cili merah*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diperah, kemudian hiris sederhana kasar. Letak dalam periuk bersama2 serai titik, bahan kisar halus dan kupang, kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Tambah asam gelugor dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (@serbuk perasa). Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.

Post a Comment

11 Comments

  1. YAIYYYYYYY! pak cik mat macam tahu tahu je! mak beli kupang!! kena g cari pucuk paku belakang rumah la jap lagi :P

    ReplyDelete
  2. en mat...saya rekues telur ikan masak lemak cili api...huhuhu

    ReplyDelete
  3. nak suruh mak masak lar..yummy..yummy

    ReplyDelete
  4. lapar...saya da la suka pucuk ubi....T_T

    ReplyDelete
  5. salam che mat. kjee pun baru nak suruh unclepali gi petik pucuk ubi. nak buat lauk yang sama cuma guna ikan bilis. pastu goreng ikan kembung.

    ReplyDelete
  6. alahaii... pucuk ubi memang dah feberet akak.. cuma kupang tu je tak berapa suka sgt.. hehe..

    ReplyDelete
  7. @ yuyu - Yesss...jgn lupa masuk kat blog yuyu nanti...

    @ cik mot - orait, nanti pakcik mat beli telur ikan dulu..

    @ si ngongek - hahaha, bijakknyaa anak emak.

    @ sunah - pstt, nak suruh ady masak lemak pucuk ubi plak...

    @ kak jee - waa memang ngam kan kak, ikan kembong goreng..waduhh...melelehh.

    @ roamlisa - memang sedap, kalau dpt makan kat tepi kebun ke..aduhh lagi sedap..

    @ madiha - oo akak tak suka kupang yea, tak pe, ikut style kak jee, guna ikan bilis..

    ReplyDelete
  8. sukanya akak..bayak la idea nak masak esok lusa niii tq mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.