Salam petang semua, nak share satu lagi masakan ala2 kampung yang paling mat suka, sedap niihh, ada rasa masam2 dia, manis2 dan pedas2 sikit. Kalau nak letak batang keladi pun ok juga, tapi ni kali mat cuma guna keladi saja. Selain penggunaan daun kunyit, boleh juga diguna pakai daun kesom atau daun selasih. Mat letak tulang ikan masin kurau, kalau nak letak ikan bilis pun boleh saja, tak de masalah. Lauk macam ni kalau nak makan, kita tak perlu pelbagai jenis, cukup dia, sambal belacan dan ulam2man..sudah memadai....Resipi amat senang dan mudah disediakan seperti dibawah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi, saiz sederhana, kupas, potong dadu besar2 dan rebus hingga empuk
4 keping tulang ikan kurau, rendam
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 biji cili merah*
10 biji cili padi merah thai*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku keladi, saiz sederhana, kupas, potong dadu besar2 dan rebus hingga empuk
4 keping tulang ikan kurau, rendam
2 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 biji cili merah*
10 biji cili padi merah thai*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan tulang ikan kurau masin dan masak sekejap. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
- Masukkan keladi (toskan) dan perasakan dengan garam dan gula. Tambah daun kunyit dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...hmm i likeee!!!
12 Comments
nak order satuuuuuu!!!!!!! :P
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?
nak jugakkkkkkkk! posttt!
ReplyDeletenak jugakkkkkkkk! posttt!
ReplyDeleteerrr...isi keladi ek?x pernah lak wat gulai?wat pengat/bubur jer selalu..sedap ke?wahh...terliur daku dibuatnya..huhu
ReplyDeleteaduhai mat gebu....sedap nyerrrrrrrrrrr..
ReplyDeleteAduh ni feveret saya dgn mak nih....nak2 kalau dpt keladi yg kenyal2
ReplyDeleteingatkan btg keladi.. rupanya ubi keladinya yer... akak pun tak pernah buat.. tp kalau masak btg keladinya tu.. ubinya tu mmg dicampurkan sekali sbb biasanya isinya kecik comel2 jer.. hehe.. mmg feberet.. yg ni pun mesti sesedap sayur btg keladinya jugak!
ReplyDeletewaah2 sedapnya nak trai buat la sedap sungguh tgk ni huh huhu
ReplyDeletex leh makan keladi nanti miang..
ReplyDeletemua ha ha ha ha
tak pernah jumpa plak resipi ni, hehe. sedap ke?..
ReplyDeletenak suruh mak buat lah. hehe
tetibe rase cam sonang je memasak
ReplyDeleteFuhhhhhh... terliur tgk gambo nih! btol2 mmbangkitkan selera...
ReplyDelete