P1260463
Salam malam semua, hmmmm..kadang2 orang tanya mat gebu, ni semua u masak?...Lepas masak terus masuk ke blog?..maksudnya fresh form your kitchen lah yea..of coz dear, yang panas tu yang bagus, yang belum basi. Teringat mat masa mula2 berblog dulu, ada juga yang mempertikaikan aku memasak...hmm, macam ni lah, bukan nak kata mat hebat, pandai, atau bijak..sila tanya blogger2 yang pernah datang ke pondok hamba yang tak seberapa ini....betul tak semua ini dari "air tangan" mat gebu...Aku duduk kampung, ingat dengan mudah ke nak dapat kan benda makan yang agak modern macam cheesecake secara segera..kalau duduk bandar besar tu tak mustahil lahh... Lagi pun buat apa nak tipu, kalau kita masak, cakap kita masak, kalau beli, cakap beli..tau tak kalau kita cakap tipu, lain kali kita ulang cakap yang sama ada kemungkinan fakta akan lari....Hmm sudah lah kita cerita pasal resipi ni hari pulak

P1260484
Hari ni kan mat cuba resipi yang dah agak lama juga mat perhatikan....dan sungguh mat cakap, ini antara kek palinggggggggggggg sedap pernah aku makan, tapi tu sehiris dalam gambar tu jee lah had aku, huhu, ye lah kita ni kan gebu, jadi kena lahh agak2 juga nak menghadap benda2 kaya macam tu. Tapi kan mat memang rekomen anda yang suka baking, cuba kek ni, pasti tak menyesal punya lahh...Oh yea, resipi dari blog Kak Ida 1001 resipi, kak ida ni mat nampak orang nya "elit" tapi bijak menguruskan rumah tangga dan air tangan dia..hmmm, aku maleh nak cerita lahh, anda pi jengah sendiri blog dia kat sini...memang berbaloiii!!!..Terima kasih kak Ida, sudi kongsi resipi ni yea...

BAHAN KEK :-)
125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!