COLESLAW CHEF HUSSIN....MAT GEBU MATA DUITAN?...

P1260630
Salam semua, tau2 dah malam...Ok anda mesti pernah makan "coleslaw" kan...mengikut sejarah ianya berasal dari America sekitar abad ke-19, tapi kan asal2nya ia mendapat nama dari perkataan Belanda "kool sla" , yang bermaksud "salad kobis". Orang2 Inggeris telah memanggilnya dengan "coles law" atau "cold slaw", ianya dihidang dingin. Tapi orang Belanda menghidang salad "kool sla" pada suhu bilik... Begitu lah serba sedikit sejarah dia yang mat dapat dari Internet. Terima kasih pada Chef Hussin, sebab sudi berkongsi cara betul menyediakan coleslaw yang sedap, untuk membaca teknik2 membuat coleslaw chef hussin, anda boleh klik sini....

Perasan tak ada 2 tajuk dalam N3 ni..."MAT GEBU MATA DUITAN?"..Hmm, kadang2 mat rasa tersinggung juga, bila orang pandang segala perbuatan kita harus dibalas dengan wang ringgit. Dalam dunia ni sapa tak nak duit, tapi pada mat nilai2 persahabatan lebih utama, bukan pasal wang ringgit. Bersyukur lah pada Allah apa jua rezeki yang halal kita terima. Mat pun mengaku, mat bukan lah jenis berduit atau dari keluarga banyak duit..tapi kan, insya Allah, rezeki tu ada cuma aku bukan jenis, kalau membantu jee..ohh mesti si mat AKAN menerima imbuhan, kami bukan dididik macam tu, dan bukan semua benda di dunia ni perlu dihambarkan dengan wang ringgit.... nak membantu biarlah IKHLAS....kannnn.... Ok jom semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 biji kobis bulat
1/2 batang lobak merah, cincang halus
1/2 biji bawang besar, dadu halus
2 camca besar cuka makan
3 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
Mayonnaise secukupnya (mat guna jenama "Ladie's Choice")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan gaul dengan cuka makan dan gula rata dan perap 30 minit. Kemudian, perah dan letak dalam bekas.
  2. Satukan dengan bawang dan lobak merah tadi, gaul rata.Tambah mayonnaise secukupnya, dan juga perasakan dengan sedikit garam. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk. Hidangkan dingin....

Post a Comment

17 Comments

  1. :) okie..jom kite tido pakcik mat..

    ReplyDelete
  2. sedap tue...
    nie ade yang kena g KFC tapau coleslaw...

    ReplyDelete
  3. sedapnya coleslaw. esok nak try buat. hihi :D

    ReplyDelete
  4. mat wat kite nih mengidam coleslaw jek...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. tadi Violet baru lps buat kentang putar lps terliur tgk entri kat blog kak Hana..
    sekarang terliur nk mkn coleslaw pulak..
    huii..
    kene buat esok ni..
    hehe~

    ReplyDelete
  6. hari tu sy buat dekat kelas. saya ada belajar masak. weeee.. sama la macam en mat ajar. cuma saya letak pepper sikit. heeeeeee~

    ReplyDelete
  7. ini kalau dpat msa breafast mmg ngam ni abg mat

    ReplyDelete
  8. kalau dekat russia, salad "kool sla" ade macam2 jenis, ade yang ditambah nasi pulut gitu kat dalam salad, so bile makan memang kenyang.

    ReplyDelete
  9. Salam mat..sedap nampak hasil tangan mat tu...kak nani dah lama tak buat.

    Oh ya mat...boleh sms kak nani pasal projek tempohari. Kak nani lupa nak save no mat. tengss dear.

    ReplyDelete
  10. Eeemmmmm.....xpa la Mat..yg penting nawaitu kita...org mmg susah nak baca kan...Allah swt jua yg Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  11. eeei!!... feveret lagi ney...SEDAP SANGAT...! hehe.. ;D

    ReplyDelete
  12. Kalau saya, main tipu: pakai coleslaw choice Ladies' Choice terus!

    XD

    ReplyDelete
  13. nampak menyelerakan.
    sesuai juga untuk buat sarapan pagi.




    JOm Joint.Entry terbaik bulanan peserta akan di pamerkan ke page yang mempunyai 16000 fan page

    Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com



    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    ReplyDelete
  14. yee betul..kt kan geng mata duitan..hehhe

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.