P1260521
Assalammualaikum....hmm..esok mungkin mat akan letak 1 -2 N3 sahaja, ntah lah tak larat dah rasa nak berblog, tiba2 tadi kan rasa boringg sangat..huhu, pada mereka2 yang mat usik2 dan bergurau tadi, mat minta maaf yeaa...tu pun kalau mereka baca N3 ni. Faham blog masak2 walaupun nampak meriah tapi hanya golongan tertentu sahaja akan singgah, maklumlah benda masak2, bukan ada cerita bess, tapi itu pun mat berterima kasih juga pada mereka2 yang tak jemu singgah, minta maaf sekali lagi jika resipi pun banyak yang ulang tayang dan biasa2 sahaja..kasi mat gebu tarik nafasss kejap yeaaa..hmmmmmmm.........haaaaaaaaaa....Ok kita cerita pulak masak n3 malam ni. Resipi mat adaptasi dari idea Kak Ida 1001 resipi lagi...hehe, terima kasih yeaa


Kak Ida buat saiz besar, tapi tadi mat perasan puff pastry ada 2 keping jee nkoo, jadi mat buat lah yang comey2...huhu, sekeping tu mat potong 4, jadi 2 keping dapat lah 8 ketul saiz comel. Cari buah peach..errkk habis pulak, cuma ada laici, alaaa mana ngam kan, tak pe gunakan idea..Tingggg idea datang...kita letak blueberry filling..waaaa, sedapp lahh, apa pun yang comey2 ni kalau budak comey makan nampak cute..jee...nampak sopan jee...kann...Ok lah sebab ni buat dia senang, kita lebihkan bebel dan gambar saja lahh yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping puff pastry jenama KAWAN, saiz 4 inci x 4 inci
Custard secukupnya, boleh rujuk sini...
Blueberry filling secukupnya
Telur untuk disapu atas pastry
Sedikit snow powder @ gula aising


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambik sekeping puff pastry, potong 4, ambil satu bahagian, potong seperti dalam gambar, kemudian lipat seperti ditunjukkan hingga menjadi bentuk kipas. Susun dalam dulang pembakar, buat kaedah sama untuk selebihnya. Sapu telur dan bakar pada suhu 190C selama 15 - 20 minit, dan jika oven ada ada fungi kipas, boleh "on" kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan .
  2. Isi custard tadi dalam piping beg, paip kan ditengah2 pastry tadi, sudukan sedikit blueberry filling atasnya. Buat hingga siap, ayak sedikit snow powder atau gula aising atas setiap pastry tadi....Boleh hidang kann....