P1250301
Morning semua...legaaa hari ni, mentari muncul di pagi hari, maka dapat lah baju2 semua kering. Hujan beberapa hari ini telah menyebab kan Johor dilanda banjir, turut bersimpati dengan mereka yang terkena banjir dan takziah pada keluarga mereka2 yang terkorban akibat banjir. Pagi ni mat goreng kway teow, tu hari mat masuk blog Puan Fauziah Abdul Samad atau nama panggilan "Kak Jee", blog dia disini..., ternampak lah oleh mat gebu, penang fried kway teow yang kak jee masak, sungguh menggoda. Kak Jee ni kan xpert koo masak, bukan saja pandai menulis, yelah bekas wartawan kan...Terima kasih Kak Jee!..

P1250302
Masak dia ringkas dan mat ikut saranan beliau di blog, goreng hanya untuk 1 pinggan sahaja dan memang rasa dia menyerlah banding masak untuk banyak pinggan. Tapi mat guna kway teow biasa saja. Keunikkan nya bila sos ikan dicampurkan dalam mee tadi, kalau selalu kan kita guna kicap cair. Rasa dia memang ada kelainan. Apa yang utama kerang dan udang mesti ada, baru sedap....Ok tamat tulisan ringkas ini, sekarang mat promosi kan satu lagi blog hebat, kali ni blog wanita pulak laa, takkan nak yang jantan saja...mana achi kannn....jommm layann....

Kali ni blog sorang yang penting di SB, kita ala2 tok penghulu pompuan kat situ.. Nama "Atiq Salleh" tak asing lagi di SB, orang kuat nihh....mat pun tak berapa kenal sangat, tapi saja lah bagi kenal2 pada blogger2 masakkan, kalau nak tau apa kelebihan wanita bernama Atiq Salleh, boleh singgah blog beliau di sini...

Lepas dah satu lagi blog...lepas ni cuti dulu eks, ok kita semak resipi pulak

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam kway teow (mat cuci sikit dan toskan)
3 ekor udang, dibersihkan (mat letak 5 ekor)
1 biji telur
Soa ikan secukupnya (nampla)
Isi kerang yang direbus secukupnya (mat letak 1/2 genggam)
1 camca besar penuh sambal tumis* (*resipi dibawah)
2 camca besar kicap manis cap kipas udang
Taugeh secukupnya (agak2 yeaa)
Kuchai secukupnya, dikerat2 (mat guna 5 pokok kuchai)
1 ulas bawang putih, diketuk (mat guna 2, sebab kecik)

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (nak letak serbuk perasa pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga sambal tumis pekat. Matikan api, sejukkan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK PENANG FRIED KWAY TEOW :- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan udang, kacau dan ketepikan. Masukkan telur, biar keras sekejap dan hancurkan. Masukkan kway teow, sambal tumis, kicap manis dan kuchai tadi, gaul rata.
  3. Besarkan api, masukkan kerang dan taugeh, kacau pantas dan rasa jika ok matikan api (yang ni sekejap je jangan lama2). Hidang kan panas2, kalau ada cili jeruk, lagi penggsannn.....hehe..