ASAM KARI DAGING...EQBAL GIVEAWAY...PROMOT BLOG 11.

P1250307
Selamat petang semua, hmm malas tul nak masukkan N3, tapi ni dah rajin sikit, sebab tak hujan dah..Kata orang2 tua banjir ni kalau dah dapat nyawa manusia, hmm dia akan berhenti..hadoii aku tak caya lah, khurafat caya benda2 macam tu..dosa weyyy.. Ni hari mat masak satu lauk ala2 peranakan baba dan nyonya, selalu kan guna ikan, tapi ni hari guaa sudah kasi tukar jadi daging pulak, ala kalau derhaka2 ni biasa lah budak mat tu, sapa tak tau kann. Selain tu ada juga masak lauk2 lain, atas permintaan, macam fucuk masak lemak, ikan goreng, sambal belacan dan ulam2..tapi yang tu dah biasakan kat DTS, jadi tak tak payah lah letak, nanti orang jemu...

P1250306
Mat gebu kalau masak lauk peranakan atau ala2 peranakan, kira wajib guaa guna set baba nyonya, baru ada identiti. Orang tanya mat, apa kelainan nya masakan dia orang dengan orang cina yang lain. Ok, cina peranakan ni mereka telah menggabungkan masakan cina dengan unsur2 masakan melayu, dan telah melahir kan satu identiti yang unik yang dipanggil masakan baba nyonya atau masakan peranakan. Tapi kan, gaya masakan orang2 baba nyonya di Penang agak berbeza, ini kerana mereka di sana telah dipengaruhi nuansa masakan Thai, Burma dan negara2 ke utara...sekian serba sedikit sejarah mereka. Ok, ada N3 mengenai satu GiveAway..nak tau, jomm kita tengok...eh kejap nak pantun..hehe, sori..

TUMBUK REMPAH BERKALI-KALI,
JANGAN LUPA CAMPUR TERASI,
MASAKAN NYONYA UNIK DAN ASLI,
HASIL GABUNGAN PELBAGAI TRADISI

Encik Eqbalzack membuat satu GiveAway di blog beliau, hadiah menarik, tarikh tutup pada 16 Februari 2011 (Ahad), jam 11.59 malam...waaaa ada masa dalam 2 minggu je lagi tu, ada syarat2 ringkas, jika anda berminat sila ke blog Eqbalzack di sini..... Ok lepas tu kita teruskan kan dengan promosi blog pulak...

Tuu dia, blog Borak Kosong milik Encik Eddie Yustin, mantap blog dia, lepas tu kejap2 update dengan N3 baru yang gempar dan hmmm...malas nak cerita, sendiri tengok baru tau..boleh ke sini, jika ingin tau kehebatan blog beliau...

Ok kita sambung dengan resipi masakan pulak....layannn..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang
1 biji terung biru saiz sederhana
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna jenama babas)
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris, cuci dan toskan. Terung dibelah dua, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air, kacau rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan serai. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, tambah pes rempah kari, dan masak hingga rempah garing. Perlahan kan api, masukkan daging dam gaul rata. Biar daging kecut.
  3. Tuang air secukupnya, bila mendidih dan daging lembut, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tuang jus asam jawa, masukkan terung (toskan dahulu). Masak hingga terung lembut. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man..

Post a Comment

13 Comments

  1. abang mat gebu!! buat la resepi tempe pulakkkkk! T_T

    ReplyDelete
  2. wow..sodap..

    erkk..my bro eqbal..hehe..terbaik..

    ReplyDelete
  3. hahaha..BK dah.. nnti norfa pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  4. kari daging abg eq..mesti licin klu abg eq dpt mkn ni

    ReplyDelete
  5. tima kaceh byk2 la MG...sedap nampaknya resepi tu...bila la dapat merasa air tangan MG ni...hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnyerrr mesti cuba ni. Sebelum ni tak pernah masak kari bubuh daun kesom dan bunga kantan.... special ada kelainan.

    ReplyDelete
  7. Salam...akhirnya blog BK dipromote oleh CMG...TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  8. Salam CMG.. boleh suruh org rumah cuba nie best nampaknya :)

    ReplyDelete
  9. Salam CMG..

    Cikmin nak minta jasa baik CMG promotekan short Giveaway untuk cikmindotcom sempena 1st Birthday blog boleh tak?

    Ini link nya 1st Birthday Blog & Macaron Giveaway

    Thanks in advance..

    ReplyDelete
  10. @ cik min - orait...dalam N3 seterusnya yeaa cik min...

    ReplyDelete
  11. wahh. sedap. abg gebu buatkan. mals nak msk. hehe

    ReplyDelete
  12. klo lelaki pandai masak..
    memang respek ar..
    memang nk try blaja masak pon..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.