PENANG FRIED KWAY TEOW.....PROMOT BLOG 10.

P1250301
Morning semua...legaaa hari ni, mentari muncul di pagi hari, maka dapat lah baju2 semua kering. Hujan beberapa hari ini telah menyebab kan Johor dilanda banjir, turut bersimpati dengan mereka yang terkena banjir dan takziah pada keluarga mereka2 yang terkorban akibat banjir. Pagi ni mat goreng kway teow, tu hari mat masuk blog Puan Fauziah Abdul Samad atau nama panggilan "Kak Jee", blog dia disini..., ternampak lah oleh mat gebu, penang fried kway teow yang kak jee masak, sungguh menggoda. Kak Jee ni kan xpert koo masak, bukan saja pandai menulis, yelah bekas wartawan kan...Terima kasih Kak Jee!..

P1250302
Masak dia ringkas dan mat ikut saranan beliau di blog, goreng hanya untuk 1 pinggan sahaja dan memang rasa dia menyerlah banding masak untuk banyak pinggan. Tapi mat guna kway teow biasa saja. Keunikkan nya bila sos ikan dicampurkan dalam mee tadi, kalau selalu kan kita guna kicap cair. Rasa dia memang ada kelainan. Apa yang utama kerang dan udang mesti ada, baru sedap....Ok tamat tulisan ringkas ini, sekarang mat promosi kan satu lagi blog hebat, kali ni blog wanita pulak laa, takkan nak yang jantan saja...mana achi kannn....jommm layann....

Kali ni blog sorang yang penting di SB, kita ala2 tok penghulu pompuan kat situ.. Nama "Atiq Salleh" tak asing lagi di SB, orang kuat nihh....mat pun tak berapa kenal sangat, tapi saja lah bagi kenal2 pada blogger2 masakkan, kalau nak tau apa kelebihan wanita bernama Atiq Salleh, boleh singgah blog beliau di sini...

Lepas dah satu lagi blog...lepas ni cuti dulu eks, ok kita semak resipi pulak

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam kway teow (mat cuci sikit dan toskan)
3 ekor udang, dibersihkan (mat letak 5 ekor)
1 biji telur
Soa ikan secukupnya (nampla)
Isi kerang yang direbus secukupnya (mat letak 1/2 genggam)
1 camca besar penuh sambal tumis* (*resipi dibawah)
2 camca besar kicap manis cap kipas udang
Taugeh secukupnya (agak2 yeaa)
Kuchai secukupnya, dikerat2 (mat guna 5 pokok kuchai)
1 ulas bawang putih, diketuk (mat guna 2, sebab kecik)

BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
1 cawan cili kisar
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (nak letak serbuk perasa pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga sambal tumis pekat. Matikan api, sejukkan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK PENANG FRIED KWAY TEOW :- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih dan udang, kacau dan ketepikan. Masukkan telur, biar keras sekejap dan hancurkan. Masukkan kway teow, sambal tumis, kicap manis dan kuchai tadi, gaul rata.
  3. Besarkan api, masukkan kerang dan taugeh, kacau pantas dan rasa jika ok matikan api (yang ni sekejap je jangan lama2). Hidang kan panas2, kalau ada cili jeruk, lagi penggsannn.....hehe..

Post a Comment

17 Comments

  1. suka ktw......dah lama x makan ktw grg....meh anta kat shida skit ktw tu en mat gebu

    ReplyDelete
  2. eekk....
    udang yang melingkar2 buat sye mcm nak menangis tgk....
    sedap yek..:(

    ReplyDelete
  3. salam cik mat. lama dah tak masak kue teow cam gini.sedapnya..terliur lak! tapi anak2 ni kutip buang kerang semua.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kuey tiow tuu. Yummy :)

    ReplyDelete
  5. wow mat gebu...saya kah yang terkene..hehe..nway thnx ya..hari nie baru plan nak masak lagi ikut resepi mat gebu..tp akak tawar diri nak masak lak hari nie..

    ReplyDelete
  6. abg mat... yg sambal tu kan... belen leh simpan dlm bekas tertutup masuk kat chill brape lama leh tahan.... sambal ni buat ns grg pon sedap kan..

    ReplyDelete
  7. mas suka sangat koewtiaw...
    arrgghh... terliurnya tengok koewtiaw CMG ni...
    nak sepinggan...

    ReplyDelete
  8. salam mat..mmg betui kakjee ni sgt terrer masak..zaman beliau berniaga kt tmn melawati dulu..akak mmg wajib pi bekfes kt kedai k.jee nih..pepagi buta dh minta kway teow penang ngan laksa johor..huhuu! mmgxleh chalen tau..pasnih cuba mat try resipi chocolate iceblended k.jee (nmpak resipi k.jee dh taruh kt blognye)..mmg melotups..anak akak wajib beli tiap2 hari iceblended k.jee ni haa! uisshh terliur dh ni..

    ReplyDelete
  9. eh mat sorii..akak baru perasan kt ingredient resipi tu mat lupa taruh sos ikan/namla..bahan wajib tu..hehe!! okay daaa...

    ReplyDelete
  10. @ kak inahar - terima kasih kak, hmm tu lah saya ni mat typo pun yea juga...hehe

    ReplyDelete
  11. Yumm! My mom slalu buat letak kacang sikit. Coarsely grind. Try la mat :) Pastu pos kat I sikit ok :) Ngee.

    ReplyDelete
  12. salam mat gebu..nampak sedap kway teow nya

    ReplyDelete
  13. feveret Siti ni.. ^^
    same ke dgn char kue tiaw?

    ReplyDelete
  14. Salam En. Mat, Chenta silent reader blog En Mat tau...Dah amik dah recipe ni. Kalau jadi nanti Chenta inform ya..TQ

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.