P1250333
Hmmm, apa khabar anda semua, sihat?..ok?..Mat biasa2 jee. Ok petang ni nk share resipi masak siput sedut berempah, ni masak lemak biasa je, tapi dicampur dengan rempah ratus sikit, untuk menaikkan bau dan aroma dia. Bila ada komen di YM, atau FB, mereka kata, Mat ni pandai masak lah, pandai ni lah, pandai tu lahh, pembetulan yeaa..pandai masak tu memang lah tapi bukan nya pakar atau tau segala macam, setakat masak2 biasa je.. jadi mat dalam kategori biasa dan masih belajar lagi dari orang2 lama yang lebih mahir dan berpengalaman. Kalau perhatikan dalam blog, resipi pun bukan lah taraf bintang, semua jenis cikai2 saja..Kita memasak ni kena seronok, jangan ada keterpaksaan (wahh siap kata macam tu, walhal sendiri pun ada kala terrpaksa..hehe).

Di kesempatan ini mat ingin war-war kan blog kawan masak2 DTS, "Hasue" ada membuat GA (Give Away), tapi ini agak unik, GA ini khas bagi ibu2 yang melahir kan anak pada tahun lepas 2010 (dari awal tahun - hujung tahun). Ada syarat2nyam jadi pada ibu2 yang berminat sila klik sini..

Untuk N3 kali ni mat nak promosikan sikit satu blog ni, blogger anak pahang, blog penulisan beliau agak santai, dan gaya penulisan pun mudah dan tidak memeningkan untuk dibaca....Ok jom kita selak blog Aku Anak Pahang di sini...

Kita tengok resipi pulak...layannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 keping asam gelugor
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 biji cili padi (optional)
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan manis/halus
1/2 camca teh jintan putih/kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siput dicuci bersih, kerat hujungnya anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali, toskan. Batang keladi, dibuang kulit luarnya, kerat dan celur dalam air mendidih bergaram dan asam gelugor, toskan., dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau rata dan masak sekejap atas api.
  2. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan batang keladi, asam gelugor dan tuang santan pekat, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng..