Hmmm, apa khabar anda semua, sihat?..ok?..Mat biasa2 jee. Ok petang ni nk share resipi masak siput sedut berempah, ni masak lemak biasa je, tapi dicampur dengan rempah ratus sikit, untuk menaikkan bau dan aroma dia. Bila ada komen di YM, atau FB, mereka kata, Mat ni pandai masak lah, pandai ni lah, pandai tu lahh, pembetulan yeaa..pandai masak tu memang lah tapi bukan nya pakar atau tau segala macam, setakat masak2 biasa je.. jadi mat dalam kategori biasa dan masih belajar lagi dari orang2 lama yang lebih mahir dan berpengalaman. Kalau perhatikan dalam blog, resipi pun bukan lah taraf bintang, semua jenis cikai2 saja..Kita memasak ni kena seronok, jangan ada keterpaksaan (wahh siap kata macam tu, walhal sendiri pun ada kala terrpaksa..hehe).
Di kesempatan ini mat ingin war-war kan blog kawan masak2 DTS, "Hasue" ada membuat GA (Give Away), tapi ini agak unik, GA ini khas bagi ibu2 yang melahir kan anak pada tahun lepas 2010 (dari awal tahun - hujung tahun). Ada syarat2nyam jadi pada ibu2 yang berminat sila klik sini..
Untuk N3 kali ni mat nak promosikan sikit satu blog ni, blogger anak pahang, blog penulisan beliau agak santai, dan gaya penulisan pun mudah dan tidak memeningkan untuk dibaca....Ok jom kita selak blog Aku Anak Pahang di sini...
Kita tengok resipi pulak...layannn...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 keping asam gelugor
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 biji cili padi (optional)
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan manis/halus
1/2 camca teh jintan putih/kasar
CARA MEMBUATNYA :-)
Di kesempatan ini mat ingin war-war kan blog kawan masak2 DTS, "Hasue" ada membuat GA (Give Away), tapi ini agak unik, GA ini khas bagi ibu2 yang melahir kan anak pada tahun lepas 2010 (dari awal tahun - hujung tahun). Ada syarat2nyam jadi pada ibu2 yang berminat sila klik sini..

Kita tengok resipi pulak...layannn...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg siput sedut
1 pokok keladi sayur
2 batang serai, dititik
800 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 keping asam gelugor
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
7 biji cili padi (optional)
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan manis/halus
1/2 camca teh jintan putih/kasar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Siput dicuci bersih, kerat hujungnya anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali, toskan. Batang keladi, dibuang kulit luarnya, kerat dan celur dalam air mendidih bergaram dan asam gelugor, toskan., dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau rata dan masak sekejap atas api.
- Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih. Masukkan batang keladi, asam gelugor dan tuang santan pekat, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng..
13 Comments
sedapnya siput sedut...compom berbunyi2 masa menyedut tu..he..he..
ReplyDeleteBerblog sambil memasak dan membantu rakan blogger yg lain promote blog..
ReplyDeleteproud of you fren!..=)
wahhhhhhh! siputtttt! kecintaan yuyu!
ReplyDeleteTima kasih byk eh cikmat tolong promote GA tu..sangat2 menghargainya..semoga blog DTS semakin mara ke hadapan.. =)
ReplyDeleteCantek laa siput sedut kat sana..kat sini nape itam ajer kulit nye yer..ke daku yang tak perasan ada kaler gini..huhu..
Siput sedut tu bersih rasanya Cik Mat sembur dengan paip bomba kot..Hasue jelita..he he
ReplyDeletesesungguhnya aku gilerkan keladi sesangat..Argghh..Nak makan..
ReplyDeletedah lama x makan siput sedut....dulu mak selalu wat masak lemak siput sedut...tp shda x pandai sedut cungkil ngan garfu kecik yg cucuk ketupat tu....kalau keladi mak selalu wat gulai (kari) dengan ikan sungai(ikan haruan) letak plak daun limau purut...rempah giling.sedaaaaaaaap nyer
ReplyDeletewah ni yg buat saya terliur ni....sedapnya!..:)
ReplyDeletesungguh terliuq tgk gambar siput tuuuuuu
ReplyDeletebukan sungai siput ye..
ReplyDeleteFuyooooo sodap tu masak lemak cili api.....tersedak sedut tuuuuuu
ReplyDeleteSyabas Mat Gebu! Keep up the good job!
ReplyDeleteSiput sedut pun nampak sedap & ada kelainan dari biasa ;-)
Kg saya masak siput lain sikit. Siput masak rong. Masakan ini iayalah siput,pucuk paku, isi rong(biji getah yg telah diproses) dan bahan lain..lg sedap dimasak pedas.
ReplyDelete