Salam morning Jumaat semua, wahh sekejap jeee dah masuk 7 hb January. Apa khabar semua, sihat..ceria...bersemangat....bagus2..macam tu lah yang kita perlukan. Ok pagi ni nak share resipi kueh pulut seri kaya. Al-kesah nya kan mat tu hari jalan2 ke blog "kak yatie" dari blog sinar kehidupanku, masa skodeng tu ternampak kak yatie bikin kueh ni, macam tersedap jee nampak, macam memanggil2 nama mat gebu jee suruh buat sama. Jadi mat pun buat lahh dengan jayanya. Tapikan kebetulan masa agak ketat semalam, aku nak cepat nihh, kueh tu belum sejuk mana, mat telah melakukan operasi keatasnya, maka seperti hasil anda lihat, whaaaaaa, potongan dia tak lawaaaa....huhh...tak berapa nak suka laaa.
Hmm, sabar jeelah kan..Ada juga ternampak geng masak2 mat "Along Roz" buat kueh ni di blog nya kat sini..Macam musim pulak kan..hehe, takpe kueh tradisi kita orang2 Malaysia. Cuma seperti biasa, mat tak boleh lah menghadap sesuka hati, maklumlah kita ni gebu kann.. Kueh ni mat rasa kalau nak buat guna loyang bulat 10 inci, agak sesuai, macam yang ni mat guna loyang saiz 9 inci, lagi pun kepala dia tu kalau perhatikan nampak tebal pulak...tak pe lain kali buat, guaa kasi derhaka sikit, bagi dia tak tebal..erkk.. Sebelum mat teruskan dengan resipi nya, ada sedikit N3 susulan dibawah ini....pstt ai dapat award sejuk u, patut malam tadi tidur macam nak demam, siap makan ubat bagai...hehehe....
Dengn rasa besar hati mat menerima award dari blogger yang selalu berkunjung blog DTS-Mat Gebu, dah tentu lah awek cun dan comeyy banget, dari Moscow lagi nihh...grrrrrr..gigil nak ambik..sejuk..beku semua lemak2..haha. Terima kasih mat pada si cantik manis "Miszlullaby", blog beliau disini... Dia ni antara yang kerap komen kat N3 DTS, wah terharu pakcik mat (terus jadi pakcik..tua dahhh). Ooo ada soalan2 manja yeaa nak tanya..boleh2...Jom kita lihat apa lah soalan dan jawapannya..
1. Bila korang suka tulis entry?
BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)
CARA MEMBUATNYA :-)

- Yang ni mat tak ikut masa, jika ada material, gambar semua dah siap, dan waktu juga mengizinkan terus mat buat N3...
- Yess....yang tu memang perlu, tapi selalunya malam lah baru blogwalking, sebab waktu2 gini sibuk sikit terutama dengan sessi soal jawab pasal masak2.. hmm macam lah mat gebu ni pakar sangat kan...huhu..penggsannnn (>_<).
- Waaa yang ni soalan susah, sebenarnya kan mat tak delah blog yang palingggg suka, semua blog aku suka, bukan sebab nak menjaga hati semua pihak, tapi itu lah kenyataannya. Blog lama punya idea sendiri, blog blogger muda dengan cetusan idea penulisan mereka yang bergaya modern dan ranggi. Jadi anggaplah anda semua istimewa dan unik, jadi mat gebu sukaa semuaaaa sekali....
- Yang ni tak boleh nak fikir, kemudian kita cerita yeaa...(^_*)
- Macam ni lah, mat rasa sesiapa yang sudi dan ada kelapangan masa, silakan ambik dan lakukan tugas anda sebagaimana mat gebu telah lakukan....
BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
- UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
- UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus..
17 Comments
terima kasih cik mat sebab sudi ambil award dr ML.=)
ReplyDeletetersenyum-senyum ML depan komputer ni ha.terima kasih banyak-banyak.=)
Salam CMG,
ReplyDeletetak pernah lagi akak mencuba buat kuih2 macam ni, sebabnya takut tak menjadi. akak suka makan je.Anyway mat ni agaknya memang dilahirkan dengan bakat seni agaknya, apa yg mat masak nampak cantik je
Selamat pagi En. Mat,
ReplyDeletepagi2 dah kena goda. Tak leh jadi ni En. Mat, sok kakchik dtg bwk mangkuk tingkat kaler biru eh. Kakchik 'tapau' penuh 3 tingkat tau. Hihi ..
cantik nyer kueh CMG ni >__<...
ReplyDeletejarang wat kuih ala2 tradisional camni. coz slalu bile buat sure x jd. so dh mls...hehehe
tp yg ni cam nk try bile ader mase :)
Salam CMG, tahniah dapat award dari jauh. Kuih seri muka nie mmg kegemaran saya :)
ReplyDeleteNew Entry "Jangan marah-marah..."
salam CMG
ReplyDeletesedap nampak kueh tu...tahniah dpat award dari jauhhh nunnn...
wah suka lah serimuka tu, esok nak cuba buatlah....
ReplyDeletepulut serikaya la pulak.....
ReplyDeletehari tu ambik resepi serimuka labu pun tak buat lagi, ish2...si yatie ni mmg rajin kan? mcm mat gebu jugak! bodek skit ni sb nk cilok resepi.
wowww..pulut dan lapisan atas sama byk la..mas suka...baru seimbang masuk muluttt...he..he...
ReplyDeleteSalam.. CMG kslau abaikan telur untuk kepala kueh tu Ok ke?
ReplyDeletejauh tul award tu datang yerk CMG
ReplyDeletemy peberet!
ReplyDeleteSlmt pagi en Ah Mat Gebu...hehehe
ReplyDeleteSedap kuih...masuk sini tingin, masuk sini tingin...hengat kena pakai topeng lah masuk blog ni...hahaha
Salam CMG,
ReplyDeletemenarik ni my fav ni...saya singgah nk breakfast kat sini lah...haha ada lagi ke kuih ni?..hehe
salam..cik mat,saya azizah dri klia,mintak izin nak terai resepi BUN TUNA..maceehhh....
ReplyDeleteSalam Cik Mat. Tu dia... dah kuar pun versi Mat Gebu.... nasib Along dah buat kalau tak mmg meleleh ayaq lioq melihat kegebuan kuih Cik Mat ni. Along mkn dekat 10 ketoi, lepas ni kompom gebu cam CM gak....kikiki jgn marah noh. Maceh ler tolong promote kuih kita gak... caiyok2.
ReplyDeleteSalam Mat,
ReplyDeleteAkak dtng lambatlah mesti dah abeskan kuih ni...kuih ni kena betul2 sejuk baru cantik di potong...akak pun kdng2 tak sabar gak....potong sikit utk rasa, mengalahkan anak2 akak....barulah betul2 sejukkan...kuih ni mmng mkn masa nak betul2 sejuk....tq sudi mencuba pulut serikaya...