P1240836
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Dah sarapan ke belumm?..Hehe, wahh ada yang on line dari kopi tiam nampak, minum kopi dengan roti kaya bakar yea..hmm sedap tu. Ok pagi ni nak share sarapan kami orang2 kampung. Senang dan ringkas.. dan yang paling utama, sarapan pagi ni disediakan oleh bonda ku....mat gebu buat apa?...Haha, apa lagi buat bodoh jeelah, tapi aktiviti mengambil gambar tetap dijalan kan. Lempeng ubi mudah disediakan, memang stok ubi parut tersedia disimpan beku dalam freezer, jadi malam tadi sebelum masuk tidur mat telah keluarkan ubi parut terlebih dahulu, pagi ni bonda mat settlekan, mat gebu cuma buat kopi siaaa.....

P1240838
Lempeng ubi ni sedap dimakan bersama sambal tumis, gula merah, atau pun ikan masin. Terpulang pada style dan gaya anda nak makan macam mana. Tapi pada mat lah, air kopi harus ada kalau makan lempeng ubi atau pun ubi rebus, baru ngamm. Resipi dia senang teramat sangat, dan mat syorkan guna non-stick pan, dan dioles sedikit minyak. Masak guna api sederhana, jangan besar2, nanti hangus. Pastikan bahagian permukaannya kelihatan garing, baru lah sedap dan wangi. Biasanya kami akan mencampur parutan putih kelapa ke dalam bancuhan ubi parut tadi, kalau dapat guna kelapa tidak berapa tua atau jenis kulit basah. Satu lagi kalau parut pastikan ianya putih, dan tidak terparut dengan bahagian tempurungnya sekali...waa sah ada yang kata, leceh gila si mat nya procedure... hehe, releks lah beb, tu cuma guaa tulis jee, luu buat ke tak, mana guaa nampak, tul tak?..Ok jom lihat resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan parutan ubi kayu
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak makan
Bahan pencicah kegemaran (samada kari, sos cili, sambal tumis, ikan masin atau gula)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul ubi, kelapa dan air hingga sebati. Tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata.
  2. Panaskan non-stick pan, dan lenser dengan minyak. Kemudian ratakan 2 - 3 senduk adunan tadi (ikut saiz pan anda yeaa). Ratakan dan masak dengan api kecil hingga bahagian bawahnya garing dan permukaanya sediki kering.
  3. Terbalikkan dan masak hingga kekuningan juga, angkat dan lakukan proses seterusnya hingga selesai. Hidangkan bersama pencicah kegemaran anda dan juga air kopi panas...