JOM SARAPAN LEMPENG UBI....

P1240836
Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Dah sarapan ke belumm?..Hehe, wahh ada yang on line dari kopi tiam nampak, minum kopi dengan roti kaya bakar yea..hmm sedap tu. Ok pagi ni nak share sarapan kami orang2 kampung. Senang dan ringkas.. dan yang paling utama, sarapan pagi ni disediakan oleh bonda ku....mat gebu buat apa?...Haha, apa lagi buat bodoh jeelah, tapi aktiviti mengambil gambar tetap dijalan kan. Lempeng ubi mudah disediakan, memang stok ubi parut tersedia disimpan beku dalam freezer, jadi malam tadi sebelum masuk tidur mat telah keluarkan ubi parut terlebih dahulu, pagi ni bonda mat settlekan, mat gebu cuma buat kopi siaaa.....

P1240838
Lempeng ubi ni sedap dimakan bersama sambal tumis, gula merah, atau pun ikan masin. Terpulang pada style dan gaya anda nak makan macam mana. Tapi pada mat lah, air kopi harus ada kalau makan lempeng ubi atau pun ubi rebus, baru ngamm. Resipi dia senang teramat sangat, dan mat syorkan guna non-stick pan, dan dioles sedikit minyak. Masak guna api sederhana, jangan besar2, nanti hangus. Pastikan bahagian permukaannya kelihatan garing, baru lah sedap dan wangi. Biasanya kami akan mencampur parutan putih kelapa ke dalam bancuhan ubi parut tadi, kalau dapat guna kelapa tidak berapa tua atau jenis kulit basah. Satu lagi kalau parut pastikan ianya putih, dan tidak terparut dengan bahagian tempurungnya sekali...waa sah ada yang kata, leceh gila si mat nya procedure... hehe, releks lah beb, tu cuma guaa tulis jee, luu buat ke tak, mana guaa nampak, tul tak?..Ok jom lihat resipi senang ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan parutan ubi kayu
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak makan
Bahan pencicah kegemaran (samada kari, sos cili, sambal tumis, ikan masin atau gula)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul ubi, kelapa dan air hingga sebati. Tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata.
  2. Panaskan non-stick pan, dan lenser dengan minyak. Kemudian ratakan 2 - 3 senduk adunan tadi (ikut saiz pan anda yeaa). Ratakan dan masak dengan api kecil hingga bahagian bawahnya garing dan permukaanya sediki kering.
  3. Terbalikkan dan masak hingga kekuningan juga, angkat dan lakukan proses seterusnya hingga selesai. Hidangkan bersama pencicah kegemaran anda dan juga air kopi panas...

Post a Comment

16 Comments

  1. best tu.. buat tambah perut berkeroncong..musim2 hujan mkn lempeng ngan air kopi perrgghh.. mmg best..

    ReplyDelete
  2. sibbaik dah kenyang...kalo tak mau mintak 4 keping..hihi

    ReplyDelete
  3. Salam...pergh..pekena dengan kopi pasti terangkat ni..favourite aku ni

    ReplyDelete
  4. Salam CMG - pergh! mmg best makan lempeng pagi hari nie :) kalau kita kat Pahang nie popular lempeng santan tepung gadum. Bahannya santan dan sedikit garam buat besor2 lagi selera :)
    New Entry "Kita semua adalah King of Blogger."

    ReplyDelete
  5. fuhh ni memang best sesungguhnya ni sebab tak de tepung langsung kan..just semata2 ubi n kelapa saja.

    ReplyDelete
  6. Salam Mat,
    tak pernah ubi wat lempeng...leh cuba ni...tapi kenalah beli ubi dulu....nak cabut ubi belakang umah..mana adaaaa...kah3...Mat, arini akak bf sosej roll resepi Mat...suka betul anak2...thanks kongsi resepi..

    ReplyDelete
  7. Salam CMG,
    selamat tahun baru, moga bertambah lagi rezeki tahun ni dan sihat selalu hendaknya. Wah sesekali pekena sarapan lempeng ubi macam ni memang ngetop

    ReplyDelete
  8. akak baru ingat nak pegi cari ubi petang ni. nak goreng ngan rempah. pastu cicah sambal kicap. huhuhu.

    ReplyDelete
  9. dgr je ubi..teringat dekat kampung dulu, salu makan ubi kayu rebus cicah gule dengan minum air kopi mak njang buatkn.hihihi..=)

    ReplyDelete
  10. lempeng ubi..?? tak pnah makan.... leh try ni

    ReplyDelete
  11. pepagi dtg sini memang silap besar ni,bikin perut berkeroncong jaa..hehhehe:p

    CMG!terima kasih sudi singgah n poloe:D

    ReplyDelete
  12. Adoi...cik mat terus teringat nak balik kampung cabut ubi..makan2 panas rebus pun dah cukup da...kalo dapat lempeng lagi syurgaaa...

    ReplyDelete
  13. Cikmat first time dengarlempeng ubi kayu tq bagi idea!

    ReplyDelete
  14. As Salam CMG, Mila parut ubi guna mesin juice blend tu. yang boleh asingkan air dengan hampas buah2 tu.. senang dan cepat... hehehe..

    ReplyDelete
  15. @ nina - betul, kalau kat kampung kan, bila hujan mula lah plan nak rebus ubi...

    @ anna - hahaha tuu dia, boleh no problem punya..

    @ eddie - tu lahh, ubi mmg ngam dgn kopi..

    @ AAP - wahhh tu boleh try, nanti saya buat...

    @ izah - yeaa betul, tulen lagi asli..hehe.

    @ yatie - nanti akak try buat, sedap dan lemmmbutt walau pun sejuk..

    @ aidah - selamat tahun baru juga, terim kasih..

    @ ummu hanis - salam cikgu, woww, sedapp tu, makan dengn sambal kicap..

    @ misz - tu lah, makanan ni mengembalikan nostalgia kita..

    @ lyana - hehe, tak pe, nanti try buat..

    @ alexa - sama2 dan terima kasih juga sudi singgah blog DTS...blog anda menarik laah..

    @ hanis - tuu dia, terus teringat kampung dahh...

    @ azli - salam chef, biasalah kalau kat kampung kan depa ni guna apa yang ada di sekeliling mereka. Terima kasih sudi komen.

    @ mila - wahh, good idea juga, tapi tu lah mila, rumah saya kalau parut banyak..takut pulak meletop mesin tu..

    ReplyDelete
  16. hurmm mcm sedap je kan...:0 lain dr yg lain..mesti kenyal2 gitewww..:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.