P1240924
Assalammualaikum, salam semua, hehe, hujan renyai2 sini..aduhh sedapnya kalau dapat lelapkan mata. Uikk tak bley ni hari Jumaat kan. Ok nak share satu resipi manyakk senang mau bikin, ala2 minang katanya, ntah lah, ada kang kena marah dek orang minang. Sebenarnya ni nak habiskan baki ikan Japanese Mackerel tu hari. Ada berbaki lagi 2 ekor, saiz sederhana, jadi mat masak ikut apa yang aku suka..sapa yang tak suka, boleh duduk jauh2 yeaa...Ok tanpa membuang masa, jomm semak resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan japanese mackerel, kerat siaz sederhana, cuci bersih dan toskan*
Sedikit garam*
Sedikit kunyit serbuk*(*disatukan dan gaul rata)
1 biji bawang holland, hiris bulat
4 biji limau kasturi, ambil jusnya (atau boleh guna asam jawa)
Garam dan gula secukup rasa
3 helai daun limau purut

BAHAN TUMBUH HALUS :-)
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng tapi jangan garing, cuma kekuningan saja. Angkat dan toskan. Tinngalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah daun limau purut. Biar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa, masuk bawang holland dan gaul rata. Tambah ikan, gaul dan masuk jus limau kasturi atau asam jawa. Masak hingga kering dan sambal menyaluti ikan tadi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain....hmmm i likeee!!...