CUCUR KELAPA, SAMBAL TUMIS dan "RIMA" G . A....

P1250033
Assalammualaikum, salam pagi Jumaat yang mulia. Dah sarapan?..Pagi ni mat saja lah buat cucur kelapa, ini pun sebab dah ada tersimpan parutan kelapa muda dalam freezer. Buat pun tak delah banyak, dalam 1 1/2 cawan kelapa saja. Kat kampung mat ni kan cuaca mendung saja, jadi sesuai lah kan kita bersarapan cucur kelapa dengan sambal tumis dan kopi panas..hmmm..

P1250037
Bila dah buat cucur tu, kena lah ada pencicahnya, nak cicah sos pun boleh, tapi kalau ada sambal tumis lagi ngam. Selak2 dalam peti sejuk, ada ikan pari masin yang telah awal2 mat rendam. Jadi mat buat lah sambal tumis ikan pari masin, yang dah tak masin, ikan pari tu pun dalam 100 gram saja. Pagi ni kan mood nak tulis tak berapa nak ada, rasa berat je jari..hahah tu ada yang kata, dah jari gebu sah2 leh berat...erkk..aloooo pleasee yeaa, walaupun jari gebu tapi ianya pantas melakukan banyak pekara..tapi mencuri tak lahh...cuma curi perhatian orang dengan masakan jee...hehe, ye kee, tah2 aku perasan jee..wahhh...tak kesah lahh, aiman memang tak kesah...

P1250036
Bila dah semua siap, apa lagi kita menjamu selera laa, duduk makan ramai2, kalau tak ramai pun buat2 ramai. Paling mat suka guna set kangkung tu, nampak klasik sungguh, sempat lagi tu cerita pasal set antik. Oh yeaa mat nak bagi tau juga, teman blog masak2 mat, "Puan Rima" ada membuat "Giveaway" di blog beliau di sini....Hadiah sungguh bess (bagi kami geng dapur laa), dan barang dia pun ada kelassss...kan rima..Satu mat nak puji Rima ni, gambar dan food presentation dia, masya allahh..xcelent, gojess and breath taking, i tell you!...jangan lupa join, tarikh tutup pada Sabtu ni, jam 7 pm..

CUCUR KELAPA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan parutan kelapa putih
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula halus
3/4 cawan air (atau secukupnya)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan diatas kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Rehatkan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemput adunan tadi dengan hujung jari anda yang dicelup sedikit dalam air, kemudian berhati2 jatuh kan adunan ke dalam minyak panas, buat 8 - 10 jemput2, ikut saiz kuali anda.
  3. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak atas paper towel. Habiskan baki adunan. Boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.

SAMBAL TUMIS IKAN PARI MASIN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram ikan pari masin, kerat kecil dan rendam (mat rendam 1 malam)
3/4 cawan cili kisar
1 biji saiz sederhana bawang holland, hiris
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari tadi ditoskan dan goreng hingga kekuningan, tapi jangan garing. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Tuang jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga pekat. Masukkan ikan tadi dan gaul rata. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur kelepa..

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam Mat!
    I love your 'bunga kangkung' tea set!!!my mum sibuk nak cari set2 lama ni..(=

    ReplyDelete
  2. La .. En. mat, pagi tadi masa iron baju, kakchik berniat nak buat lempeng bawang en. mat wiken ni. pastu terfikir en. mat masak apa pun sume nampak sedap. pastu kakchik terpikir apa kata pasni mintak en. mat resepi cucur a.k.a. cokodok pulak. tgk2 pagi ni dah ada. en. mat cam trdgr2 seruan hati kakchik ye.

    kakchik mmg peminat masakan en. mat dari dulu lg. dari zmn tak da blog en. mat. satu fail resepi en. mat kakchik simpan. hihi ..

    ReplyDelete
  3. Salam and Ouchhhh cik mat!! makan cucur with sambal tumis.. my fav! nanti i also want to do lah but i think i will just do cucur udang with onions aje.. no have coconut lah cik mat :o(

    Siapa lah kita cik mat.. i very the terharu for the shout out.. ty ty cos memeriah kan lagi my little GA.. hv a good weekend cik mat and come join the party lah cik mat.. gents also can enter my GA .. heheh

    Cheers!

    ReplyDelete
  4. abang mat.. adoiyai sedap nye cucur tuh..

    ReplyDelete
  5. cam best je cucur kelapa ni, senang je nak wat,nak try la nanti.itu hari pun dah try cucur nasi ikan bilis.sedap giler..tq abg mat gebu....

    ReplyDelete
  6. sedap nya...dah lebih sepuluh tahun tak makan...dulu mak sy selalu buat, masa ujan2 makan, perrgghhh, sedap betul... kena air kopi pulak...fuhhh....

    ReplyDelete
  7. Sedapnya! Ni yg nak try buat ni...

    Jom bace pasal jenis kentut dlm bhs kelantan..:)

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/01/jenis-jenis-kentut-dalam-bahasa.html

    ReplyDelete
  8. sedapnya ..selalunya kat belah pantai imur ade lempeng kelapa ...Mat cucuq kelapa ...walllaaaaaaa..kena try ni ..cicah ngan kuah gulai pun sodap!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.