Salam...segmen Ben ni mat nak join, bukan sebab dia ni jiran sepagar atau mat ni jenis pilih2 bulu nya kaki, tapi ini untuk mat mengimbau kenangan, pahit manis perihal blog DTS ini. Jadi mat harap sangat jangan ada sangkaan yang tak sedap bila nampak DTS join segmen Ben...Mat pun pilih2, rasanya masuk ini ada kot 3 -4 segmen BA yang mat sertai, ok tanpa banyak bicara, jom kita mulakan...

1. Sila letah header BEN ASHAARI BLOG....
  • Wokeyy..tapi seperti biasa lahh, sekerat jee, takut guaa luu nya muka ada sini..kang DTS tukar hak milik pulak...erkk..
2. Tajuk Ben Ashaari - Masihkah Kau Ingat dan link ke entri ini...
  • Siaapp boss...ok tajuk dah tulis, link dia pulak kat sini....
3. Fasal no.3 ni, aku malas nak tulis, sendiri baca kat blog dia...Ok jom mula cerita...
  • Pada zaman dahulu bertarikh 29 hb July 2007, mat gebu telah melancarkan blog pertama - Celebrate Life With Food - dengan URL - bluetiffin.blogspot.com. Hmm tapi tak bertahan lama, bukan sebab mat gebu cepat boring. Tapi tah apa yang tak kena blog tu tiba2 rosak (tapi laa ni dah ok balik..malas nak ingat2 dahh blog tu). Jadi mat bukak satu blog lagi "Dapur Tanpa Sempadan" - Tiffinbiru.blogspot.com, kira kesinambungan dari blog lama. N3 pertama "blueberry hidden cake" tapi tak de sapa komen koo, alah blog baru semai, sapa lah yang nampak betul tak...
  • Pahit getir berblog masak2 ni pada mat tak berapa sangat, cuma ada lah dulu yang mempertikaikan resipi2 dalam blog, betul ke mat yang masak?..Boleh percaya ke resipi2 tu semua.. hmm, tu pasal mat suka letak resipi mudah2, jadi senang lah nak ikut. Mat terhutang budi dengan MyResipi.com sebenarnya, pada masa tu ianya milik geng masak2 mat, Yani. Di situ mula lah blog mat makin dikenali. Komen pertama di chatbox masa tu dari teman blog masak2, Lydia yang dok diam di Australia. Lama kelamaan, blog masak2 tu makin dikenali..syukur alhamdulillah..
  • Tapikan banyak2 komen, ada satu mat dah delete dulu..hmm dia kata blog masak2 ni taraf kelas ke-2..Yang ni kan memang mat "panas"...tu sebab aku bekerjasama dengan Ben Ashaari...aku geramm. Apa2 pun terima kasih mat pada semua yang memberi sokongan, sama ada dari kalangan blog masak2, blog personal mau pun blog antik, mereka2 adalah penguat semangat DTS. Satu je harapan mat, jika lah satu hari Mat Gebu tiada, anggap lah DTS ini sebagai sedekah jariah Mat pada anda semua...
4. Berikan satu nasihat buat blogger blogger baru ...
  • Mat sendiri rasa belum layak nak bagi nasihat, tapi kan sebagai blogger yang agak lama sedikit, satu je mat pesan, jadi lah diri anda sendiri dalam apa jua aliran blog anda. Lagi satu, jauhkan sifat dengki dan iri hati. Kita blogger melayu ni tak kemana, pusing2 tang tu jugak..Yang suka buat blog sepesel semata2 nak mengeluarkan kata2 kesat dan keji pada blogger lain yang anda tak suka...ingat lah, sekali kita buat onar, nama anda akan tetap dikenang, bukan sebab jasa, tapi sebab kebiadapan anda sendiri...takuttt kannnn...
5. Sila berikan satu blog yang telah korang FOLLOW hari ini .. Paling terkini !! Tulis urlnya .. dan kenapa korang follow blog tu.. haaaa ..
  • OK...malas nak hipokrit, mat secara jujur kata, hari ni mat tak follow mana2 blog lagi, apa2 pun mat akan update kemudian. Jadi jangan ada yang berkecil hati yeaa....
Ok..sekian..assalammualaikum....salam sayang dari DTS - Mat Gebu...