P1240497
Salam petang semua, wahh, masakan biasa2 lagi, local nya resipi. Ada yang tanya dulu, pesal lah mat gebu suka letak resipi orang2 peranakan...Jawapannya mudah saja, selain kami sendiri ada mewarisi keturunan itu, masakan orang2 peranakan juga agak unik, mereka menggabungkan bahan dari kaum melayu, cina, india dan juga lain2 untuk menghasilkan satu masakan beridentiti peranakan itu sendiri. Melaka dan Singapura menggunakan bahan2 yang sama, tapi tidak di Penang, walaupun mereka peranakan baba dan nyonya, tapi pencampuran adat budaya dari siam, burma dan negera2 utara semenanjung telah membezakan mereka. Orang peranakan penang, kalau bercakap lebih menggunakan dialek hokkien, berbeza peranakan Melaka dan Singapura mereka menggunakan bahasa melayu baba, iaitu bahasa melayu yang dicampur dengan patah2 perkataan hokkien dan Indonesia, contoh yang mat tau. "tok panjang"..Tok = meja, maknanya "Meja Panjang"....macam tu lah lebih kurang ceritanyaaa...hehehe, pening ke?. Kalau pening, mari baca ini pantun dulu..

BABA MUDA BERHIAS LAWA,
DUDUK BERSEMBANG SAMA SI DARA,
ORANG PERANAKAN AMAT ISTIMEWA,
HANYA TERDAPAT DI ASIA TENGGARA...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru panjang
1 batang serai, dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan paper towel, tabur sedikit garam gaul rata dan goreng hingga lembut sedikit, angkat, tos dan susun atas beberapa helai paper towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai titik, tumis hingga garing, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam secukup rasa serta gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Sususn terung tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmm i likeee!!...