P1240493
Salam semua, tau2 dah Khamis saja...cepatnya masa berlalu, kang sedar2 dah arwah..erkk. hehe. Hari ni letak N3 resipi orang malas atau bahasa sopannya resipi kurang rajin. Tak pelah kan, dari blog tak de apa2, baik letak N3, kasi meriahh. Lauk2 macam ni sebenarnya selain sedap ianya agak seimbang. Mula2 mat buat tadi nak letak kentang, tapi kan otak ni dianya siaran belum tune betul, dah siap masak baru perasan tak letak..huhu, tulah akibatnya kalau kurang daya tumpuan atau tak fokus. Tak kesah lah, dah nak terlupa nak buat macam mana. Kalau ada masakan macam ni, wajib ada sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng, hmm dah cukup sangat dahhh...nak ngam lagi ada pulak petai jeruk...wahhhh...pengsaaannn!!!.. Panas....Ben Ashaari memasak...tak cayakan?....cuba tengok sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping tauhu kering atau fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 keping tauhu, didadu
Cendawan black fungus@cendawan telinga kera secukupnya, jenis segar (yang ni agak2)
1/3 cawan isi udang
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1 kiub pati ikan bilis (optional)
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan udang, masak hingga udang kemerahan dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan leek (tos dulu). Tambah fucuk (toskan) dan cendawan black fungus serta tauhu tadi, kacau perlahan dan dan biar mendidih atas api sederhana.
  3. Masukkan soo hoon dan perasakan dengan garam secukupnya serta lada hitam. Masak sekejap hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan begitu sahaja selain bersama nasi, ikan masin dan sambal belacan...