(Gambar Ihsan dari - Google)

Assalammualaikum...Diam tak diam tahun 2010 akan kita tinggalkan, muncul pula tahun baru 2011. Tahun 2010 memberi pelbagai kenangan pada mat sebagai blogger masakan. Ada yang manis dan ada yang pahit. Dalam diri mat sendiri telah berlaku beberapa fasa perubahan yang agak besar, termasuk dari segi hubungan sesama manusia. Mat mengaku, berblog ibarat kembar mat, satu hari kalau tak jengok, sudah pasti kurasa tak sempurna...hmm.

Dalam masa yang sama juga, dunia blog mat gebu bertambah meriah bila mana pada awal tahun 2010 mat telah mengenali blogger berpotensi hebat, Ben Ashaari...bermula dari satu komen tidak sengaja pada blog beliau, ia membawa kami serasi berjiran sehingga saat ini, terima kasih mat pada ben. Tahun 2010 juga menyaksikan mat dikunjungai beberapa blogger ternama, antara mereka, Kak Ummi Kuatan, MamaFami dan suami, Kak Liza (chef) serta suami dan anak2, Ben Ashaari dan isteri - Puan Azila, Ayu Citarasa Rinduan dan suami - En Zalie, Sue Joshua dan suami - Mr Joshua, Siti Indrawati dan suami, Mama Zieza, Kak Umi-E (Kak E) dan keluarga serta adik kembar beliau "Kak Teh" sekeluarga dan juga blogger2 "KAMIE", iaitu Sis_Linn sekeluarga, Kasawari sekeluarga, Kak Ct Delima sekelurga dan Shai. Tak lupa juga pada blogger antik, Yatt dan suami, En Aziz, kerana sudi singgah ke pondok hamba...

Tahun yang sama juga telah meletakkan resipi DTS - Mat Gebu pada satu lagi tahap, bila mana Puan Lily Haslina sudi menyunting untuk disiarkan ke dalam majalah Jelita, ada beberapa keluaran yang ada resipi dari DTS-Mat Gebu, disini.. terima kasih ku ucapkan pada Kak Lily. Dan tak lupa mat ucapkan terima kasih juga pada wartawan Harian Metro Puan Siti Zarinah Sahib, juga telah sudi meletakkan 1 resipi mat di surat khabar mereka, artikel disini...

Kegembiraan tidak selalu berpanjangan, bila datang ujian Allah, kita baru tersedar betapa kerdilnya kita ini, pada penghujung tahun 2010 ni, mat menerima satu dugaan yang amat berat......hanya allah yang tau perasaan ku masa itu hingga kini. Dengan perginya abang mat yang no 3, Hamdan Ibrahim mengadap Ilahi pada pagi Rabu 8 hb December 2010, begitu mengejutkan kami. Seolah2 nafas dan denyut nadi ku turut terhenti buat seketika....walaupun kami terima dengan redha ketentuan ilahi, tapi dalam hati masing2 masih bersisa rasa kesedihan itu...Al-Fatihah untuk arwah moga allah mengampunlan dosa2nya....kesah di sini
dan
di sini...

Harapan DTS - Mat Gebu untuk tahun 2011 ini, moga kita semua berada dalam keadaan yang baik2..aman dan paling utama, kita blogger2 tak kira lama atau baru biar lah lebih beretika, tak payah lah kita menghentam antara satu sama lain, tak de faedah pun. Mat faham sepatutnya DTS-Mat Gebu tak sesuai nak berbicara kesah2 macam ni, sebabnya blog DTS ni hanya blog masak2...tidak setanding dan sehebat blog blogger yang menulis dengan idea dan intipati yang bernas dan membantu..Tapi mat cuma tulis apa yang mat rasa dan apa yang mat lihat sepanjang usia berblog, itu sahaja....Akhir kalam, mat ucapkan selamat tahun baru 2011 pada semua pengunjung, followers, silent readers dan mereka2 yang terlibat, minta ampon dan maaf dari DTS - Mat Gebu @ Adnan Bin Ibrahim...Salam sayang untuk semua.. Jumpa lagi tahun depan dengan N3-N3 lain pula...insya allahh...