Salam semua, mat saja letak N3 selingan. Bagi ibu2 yang punya anak kecil mesti sinonim kan dengan jenama susu "NAN" keluaran "Nestle" tu. Ok, susu tu mat beli atas permintaan kak ipar mat yang baru kehilangan suami tempoh hari, kesah di sini. Memandangkan anak buah mat yang berusia 10 bulan mengalami penurunan berat badan, 1 kg koo turun budak tu...huhu, kesian. Beli pun setelah disyorkan oleh nurse yang berwajib.

Ok, maka mat pun pi lah ke Econsave, kebetulan berbelanja sekali barang2 dapur. Bila nak beli tu mat cari juga tin kecil, tapi tak de, sebab malas nak beli kat tempat lain, jadi beli je lahh tin besar pun tak pe. Harga mahal koo, 900 gram = RM 66++....perghh, tapi tak kesah lah, apa ada pada duit jika barang tu kita perlu, betul tak?. Bila bawak balik, kak ipar mat ni pun buat lah sperti biasa, tapi heran, anak dia tak nak, asyik menolak2 jee botol susu tu, sampai petang tu, tiba2 anak buah mat yang besar, rasa sikit, dia kata PAHIT nyaaa... Waaaa..kecoh koo satu rumah...yelah kita risau lah kan takut budak kecik tu keracunan ke...

Esoknya kami pi tukar. Mula2 pekerja dia kata tak boleh tukar sebab mereka hanya terima barang yang luput tarikh atau ada kemek kat tin, lagi pun susu tu dah bukak...Hmm, aku ok lagi masa tu, cuma lepas macam2 alasan, mula lah nak hangin.. Cuba fikir, macam mana kita nak tau kan susu tu pahit ke tak, kena lah bukak, lepas tu, kalau tukar pun bukan depa rugi apa2, cuma pulang balik pada pihak Nestle...Ok, kalau tak nak terima, kita report pada persatuan pengguna..itu hak kita.. sampailah budak tu panggil sorang yang berpangkat berbangsa India, ntah lah aku tak kesah dah masa tu, janji dapat tukar atau nak duit balik...RM 66++ tuuu untuk 900 gram susu, kalau setakat 10 hengget, aku tak kesahhh...

Tapi bukan mat nak puji sikap orang berpangkat tu, dia dengan penuh berhemah tanya masalah kita dan dalam masa yang sama, mat nak tergelak, dia suruh budak perempuan tadi "rasa" susu tu...Haa, betul kan, budak tu sendiri kata PAHIT...tu orang dewasa, ni budak2 mana tau cakap, kot terjadi apa2 kat anak buah aku, saman 10 juta kangg...hahaha, lepas tu mat dapat lah ganti susu lain, cuma tin dia berbeza dari yang ni dan harga murah sikit dalam RM 50++, susu yang tu pun suruh depa bukak kat situ, lepas tu aku rasa..hmm sedap, lemak2 manis..hehehe... baki duit dari susu yang mat tukar tu dia tolak barang2 yang kita belanja...Legaaa, selesai kes..jadi mat syorkan pada ibu2 yang nak beli susu seperti gambar di atas tu berhati2 ok.. Salam sayang dari DTS - Mat Gebu..