Salam semua, dah makan tengah hari?...Mana yang diet tu of kos skip makan nasi kan..Ok tak pe, kali ni N3 masakan yang begitu biasa2. Mat letak yang mudah2 saja sekarang ni, yelah ada masa kita masak agak complicated, ada masa kena lah masak yang simple dan mudah. Dalam peti sejuk ada 1 biji peria yang mat beli tu hari, saiznya agak besar, jadi mat telah buat 2 resipi berbeza dengan sebiji peria tu. Untuk yang pertama, mat goreng peria tu seperti biasa tapi kali ni mat campur sedikit daging cincang dan beberapa biji cili padi..wahhh berasap sehh!!..Habislah abah ku tak boleh makan, dia mana tahan pedas.....sori.....
Dannn yang lebih tu kan tau tak mat buat apa. Mat try test goreng kunyit hingga garing, tapi yang penting kena hidangkan segera. Idea ni mat dapat masa merayau di blog model terkenal "Hanis Zalikha", dalam salah satu N3 dia, ada ternampak menu peria digoreng macam tu..di sini.. Sebab mat tak pernah buat, maka hari hi ku cuba lah dan sedap lah, rangup2 lembut, rasa lemak2 dan tidak pahit langsung. Tapi kalau buat, tabur garam sedikit saja. Kalau resipi asal ada menggunakan MSG, tapi mat hanya tabur sedikiii gula halus. Jadi itu sajalah cerita peria pahit..yang tak pahit untuk n3 kali ni, insya allah kalau dipanjangkan usia, kita bertemu lagi dengan N3 seterusnya....Ok jom semak resipi..
PERIA GORENG DAGING CINCANG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kecil peria kambas
50 gram daging cincang
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :-)
PERIA GORENG RANGUP...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji peria kambas, cuci dan lap kering2
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk perasa (yang ni mat guna sedikit gula halus..sikittt jeee)
Minyak untuk menggoreng terendam
CARA MEMBUATNYA :-)
Dannn yang lebih tu kan tau tak mat buat apa. Mat try test goreng kunyit hingga garing, tapi yang penting kena hidangkan segera. Idea ni mat dapat masa merayau di blog model terkenal "Hanis Zalikha", dalam salah satu N3 dia, ada ternampak menu peria digoreng macam tu..di sini.. Sebab mat tak pernah buat, maka hari hi ku cuba lah dan sedap lah, rangup2 lembut, rasa lemak2 dan tidak pahit langsung. Tapi kalau buat, tabur garam sedikit saja. Kalau resipi asal ada menggunakan MSG, tapi mat hanya tabur sedikiii gula halus. Jadi itu sajalah cerita peria pahit..yang tak pahit untuk n3 kali ni, insya allah kalau dipanjangkan usia, kita bertemu lagi dengan N3 seterusnya....Ok jom semak resipi..
PERIA GORENG DAGING CINCANG...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji kecil peria kambas
50 gram daging cincang
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Peria dibelah dua, buang isi tengahnya, hiris serong sederhana tebal dan rendam dalam air bergaram selama 20 minit, kemudian toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan halia hiris dan daging cincang, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air.
- Tambah sos tiram, masukkan peria dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa, dan masak hingga peris lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
PERIA GORENG RANGUP...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji peria kambas, cuci dan lap kering2
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk perasa (yang ni mat guna sedikit gula halus..sikittt jeee)
Minyak untuk menggoreng terendam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Peria kambas dihiris nipis (tak payah buang bahagian tengahnya) hingga siap. Lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa. Gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Hidangkan segera....hmmm..
22 Comments
Peria garing ni tak penah buat lgi. Tapi sebulan sekali mesti makan kat kedai nasi kandar org melayu dekat dgn rumah di kg. Uniknya dia gaul dengan tepung berempah dan garing sampai ke petang.memang berhantu la cik mat. Makan menda tu dgn nasi kosong je.
ReplyDeleteakak suker peria.. best, nak cuba goreng garing, psti sdp
ReplyDeletecik mat,
ReplyDeletejiran saya buat business jual kerepek peria.. sedapp! pahit2 rangup. tp ada tepung sekali la.. sedap tauuu
Salam..same ler menu kite ari nih...tp yg goreng rangup tuh..nampak mcam...besh plak..leh try..
ReplyDeleteEn. Mat, peria goreng rangup tu kat kedai mamak pun sedapssss. apa ntah dia bubuh. haha ..
ReplyDeletesalam cikmat...
ReplyDeletemenarik menu peria yg tak pahit tu...leh try nih...my liling kompen suke...
peria goreng nipis mcm tu biasa jumpa kat kedai mamak..lemak..rangup..
ReplyDeleteSalam Cik Mat,
ReplyDeleteDah terlalu lama jadi silent reader, hehe..hari ni teringin nak komen sebab peria goreng tu!
Saya pun pernah buat bila merasa makan kat Restoran Kapitan kat Penang ni. Memang sedap, budak2 pun suka! Tapi version saya ada letak rempah sikit. Anyway, yang Cik Mat buat ni pun sedap rasanya.
my god ..peria ni mmg pebret saya all d'time la cik mat .
ReplyDeletemenjejeh ni air liur tgk gmbr pun hhahahaha .
dan resepi saya yg maybe org x pernah cuba ialah telor dadar peria..perrghhhh sedapppp, cuba la MG :-))
yang atas tu selalu no buat dan siap ratah2 lagi...sedappppp..klo xde daging/ayam..telo pun jadik hehe..
ReplyDeleteyang bawah tak penah cuba lak n mmg tak terlintas langsung! huhu..
salam kanda mat gebu,
ReplyDeletekalau MDT, suka buat ulam, makan mentah jer peria ni..especially peria katak :)
me tak suka peria
ReplyDeletemsk petola last week, tp rasa pahit la plak..musykil tul
JOM skodeng blog me kalau sudi!
Kurang minat peria, tp bila tgk yg goreng tuh mcm best plak.Anyway, sapa2 free jom join lucky draw kat pg i ye :)
ReplyDeleteSalam, yang paling best adalah peria goreng garing. first time makan di kedai mamak makan dengan kari kepala ikan..fuhh sedap woo
ReplyDeletesedap tu... pahit & berkhasiat..
ReplyDeletetak perah mkn pon..mcm syok je,klu tak pahit LM nak cuma lah CMG , letak serbuk cili leh tak?hehe
ReplyDeleteSaalm En. Mat, org tua2 kalau liur pahit2 macam tak selera makan (demam) dia org akan cari peria buat pembuka selera kita suka juga peria nie :) New Entry "Pasal bola semua macam nak gaduh :)"
ReplyDeletecik mat--
ReplyDeleteayu nak try yang goreng kunyit tu..lain dr yang lain
salam cik mat..
ReplyDeleteboleh buat snek ni..
berkhasiat!
@ cek chun - waahh, ni kena siasat, hmm apa kah rahsia mereka tu kan..
ReplyDelete@ umialya - saya pun suka peria, hehe, boleh try goreng mcm tu nanti.
@ alyn - wahh, ini satu benda baru kan, lain kali saya try goreng dengan tepung pulak.
@ chikadakbiru - uik, sama yea.hehe. Nanti try yg garing tu pulak.
@ kak chik - tu lah, nak kena siasat nihh..hehe
@ aishah - salam kak, apa khabar..hmm sila2 mencuba..terima kasih.
@ pinatbabe - wahh, lepas ni boleh jumpa kat blog DTS pulak peria goreng mcm tu.
@ lili - hmm byk versi kan, letak rempah tu mesti lagi sedap..ada aroma harum.
@ jiejah - hahah, sama lah kita, saya pun suka peria.
@ norhafiza - betul2, goreng dengan telur pun sedap kan..ishh kecur pulak..
@ MDT - salam adinda..wahh pengsan..hehe, ooo peria katak yea yg kecik tu, hmm pahit tuu, saya suka juga masak asam rebus..
@ mama zhafran - uik ye ke, tak pe, selera masing2. Oo petola pahit tu kan kata orang2 tua lah, sebab ular lintas atas dia..wallah hualam..
@ Rina nar - hehe, yelah, ada yg suka ada yg tak...ooo ada buat lucky draw yeaa..saya skodeng nanti.
@ halim kk - wahh satu gabungan bess tu, saya suka..
@ mulan - betul tu kak, pahit tapi seddaapp..
@ LM - boleh saja, tapi yg goreng garing tu tak pahit, lemak2 jee..
@ AAP - betul2, mak saya pun macam tu, tak sedap tekak, dia ulam peria katak yg kecik2 tu..
@ cr - try jgn tak...hehe, terima kasih ayu.
@ fara dean - yeaa betul, tapi kan kalau sejuk dia lemau laa, tak bes..
sedapnyer peria goreng.. nak pergi buat skrang jugak.. hihihi
ReplyDeletesedap..dah try ikut resepi awak..makseh..salam..
ReplyDelete