P1230582
Salam petang...Ohh ketamm, demi koo, aku rela digatal kan...haha, sabau je aku..tak lah, mat gebu lepas makan je terus telan ubat, takut juga nanti bergaru2 macam "berock". Sebenarnya plan nak masak ni lama dah, tapi tulah, selalu kalau pi pasar tengok ketam alah haii, uzur2 sangat. Apa2 pun makanan laut ni, kalau dapat yang segar, itu lah yang akan menambah perisa masakan kita. Pada mat makanan laut segar tak perlu di masak dengan pelbagai jenis ramuan yang agak rumit, takut hilang rasa keasliannya. Singapore Chili Crab ni mat masak ikut kesesuaian bahan2, jadi jangan komen kata, yang kat Singapore tak letak ni, tak letak tu. This is my style of cooking, di Singapura pun depa ada masak banyak versi chili crab nih....ok jom semak resipi... Nantiiii!!!..kejapppp...

Perhatian untuk blogger bernama "MissAlongwani", dalam komen di pastri buah berkastard, beliau ada tanya mat gebu macam mana rupa puff pastry yang mat guna pakai, ok tu diaa mat dah letak gambaq. Harga di Tesco paling murah, tak sampai RM4, tatau lah kan sekarang ni. Bersaiz 4 inci x 4 inci dan 1 paket ada 10 keping.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat kaki2 kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
  2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera...