P1230642
Salam Isnin, hmm mendung je cuaca ni hari, moga jangan kita juga rasa keciwa dan "mendung" sudah lah. Dalam hidup ni mana ada manusia tak de masalah, orang kaya pun ada masalah kan. Mat gebu sendiri ada masalah, tapi orang nampak hepi je kan. Malas nak fikir lahh. Hari ni sarapan lepat pisang, tapi kan bukan mat yang buat. Bonda yang membuatnya. Mat gebu cuma tengok jee..haha, keji tak, tapi resipi sama je. Rumah mat ni kan bahan mentah kira banyak, pisang ni ambik kat farmville sendiri, tapi abah mat yang tanam....

Lepat pisang ni nak sedap guna gula melaka sikit dan campur kelapa parut yang sedikit muda. Tapi kan pisang dah sedia manis, kalau tak letak gula pun tak pe. Tapi kan mat minum dengan teh o lemon bermadu...ehem ehemm..eh tiba2kan tak pandai nak tulis laaa...rasa macam ada tak kena jee....Pada sesiapa yang rasa down, susah hati atau stress, banyak2 bersabar yeaa...bertenang dan dalam dunia ni tak de masalah yang tak dapat diselesaikan.. Moga Allah memberkati kita semua, insya allah, salam sayang dari DTS - Mat Gebu....

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.