P1230425
Salam pagi Isnin semua, waaa, letih ke, sah2 keje banyak kan, yelah awal bulan kan..Hmm tak pe jangan datang bulan macam mat gebu sudah laaaa...Hari ni perasaan ok sikit lah, macam dah reda walau pun terasa masih "ketat", pagi ni sarapan lempeng kelapa dengan sambal tumis bilis. Exceli sambal tu mat buat semalam, tapi berbaki banyak. Nak buat nasi lemak, mengenangkan santan tu jadi seram pulak. Hmm terus tukar buat lempeng kelapa, yang ni guna kelapa agak muda, kalau jenis tua nanti rasa macam hampas..tak bes. Kita orang Melayu ni kira bijak juga mempelbagaikan bahan, pisang boleh buah lempeng...macam kak ummi kuantan buat (kat sini.), teruja koo tengok...sabau jee aku.

P1230430
Tengok tu, cute kan lempeng kelapa mat gebu, hahaha, jangan tatau rupa dia agak tak senonoh, tapi nak masuk blog, aku terap dengan cutter bagi nampak comey, yelah kalau bersememeh kang tak menawan pulak. Ada juga orang kata, mat gebu nak tayang set teko dia tu,selain masakan...ha ah, memang betul, tapi lawaa kan, nampak melayu tak?..Tujuan asal mat bukan apa, nak meningkat kan tahap kesedaran pada golongan muda, supaya mereka menghargai barang2 lama peninggalan generasi terdahulu. Sekarang ni barang2 macam ni jadi rebutan para kolektor...Uikk, silap blog pulak boleh cerita set2 lama..hehe, ok jom semak resipi, tapi kan mat main agak2 jee...

LEMPENG KELAPA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali, garam dan air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam dan kacau rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Tuang1/2 cawan acunan, ratakan dan masak dengan api perlahan sehingga kuning keemasan, terbalikkan dan biar masak. Jika suka garing, sapu sedikit minyak pada permukaan lempeng sebelum diterbalikkan. Buat hingga siap, angkat dan hidangkan bersama sambal tumis atau kari.

SAMBAL TUMIS BILIS :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan ikan bilis, be;ah dua, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar, potong berbaji
1/2 inci halia, dititik
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merag*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, bawang belah dan ikan bilis. Kacau rata.
  2. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api....