P1230595
Salammmm, wahh sangap2 dah, ngantuk ke...Ok sebelum anda dan anda masuk tidur sila lah cuci mata untuk mendapat modal mimpi malam nanti yea. Esok kan Ahad, hujung minggu, boleh lah buat pencuci mulut ni untuk keluarga. Pujian mat beri pada Kak Maz dari blog Ilhamdapur, atas idea segar dia ini. Walaupun nampak simple dan mudah, tapi rasa dia sungguh menyegarkan. Selalu kita guna yang koktel dari dalam tin tu, dah tak segar. Tapi yang ni memang segar dan cukup bersari. Kalau ikut resipi asal, ada letak pisang, tapi mat dah kehabisan pulak, jadi ganti dengan buah betik, sedap lahh.. Ni idea bagus kalau anda adakan jamuan ringan untuk teman2 atau majlis hari lahir anak2. Kat dapur kak ummi kuantan pun ada resipi ni, jangn lupa mencuba nanti yea...salam sayang dari DTS - Mat Gebu.

BAHAN KUAH :-)
1/2 tin susu cair (mat guna 200 ml susu sejat "IDEAL")
50 ml susu segar (mat letak air je)
Gula secukup rasa (mat guna kurang lebih 1 1/3 camca besar)
Secubit garam
Daun pandan (yang ni mat letak)

BAHAN LAIN :-)
Strawberry secukupnya
Pisang secukupnya
Buah kiwi secukupnya
Buah mangga secukupnya
Betik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 kuah dan masak dengan api kecil hingga gula larut. Sejukkan, kemudian dingin kan dalam peti sejuk. Jangan lupa keluarkan daun pandan tadi.
  2. Buah2an tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah2 yang lain. Isi kan ke dalam bekas2 yang sesuai, pastikan setiap buah2an terdapat dalam setiap bekas.
  3. Tuang no.1 yang telah didinginkan ke dalam bekas yang berisi buah2an segar tadi sebagai kuahnya. Hidangkan segera....Selamat mencuba..