Assalammualaikum, salam semua, dah makan tengah hari ke?..Hari ni mat masak benda berprofile tinggi, dan hehehe, gatal. kerang sapa lahh tatau kan, yang ada alahan mesti tau punya, tapi lepas tu kenalah makan ubat. Sebenarnya kan kari kerang dengan betik tu pertama kali mat dengar, tu pun lepas jalan2 k blog Kak Ida 1001 Resipi, dia ni pakar tau memasak, serius, mat nampak kak ida ni masak kari kerang dengan betik ni lah yang buat ku teringau2.
Boleh lihat di sini... Jadi semalam masa keluar, rembat lah kerang dalam 3 kilo, standard lah 3 kg = RM 5. Betik pulak harus yang mengkal, baru rasa kemanisannya...
Lebihnya pulak mat tumis pedas, ini terpulang, kalau tak suka pedas abaikan cili padi. Kalau tak habis ambik isi kerang dan simpan. Sesuai lah nanti kalau nak goreng kue teow ke, nak buat laksa katong kaa, atau pun masak lemak cili padi dengan pucuk ubi..hmm semua boleh ikut lah apa pesen sekali pun sebab yang nak makan pun mereka dengan keluarga mereka. Perasan tak kulit kerang mat tu putih kan, hmm tau tak, abang mat yang sulung tolong cuci dengan water gun, alah yang orang guna untuk cuci kereta tuu, yelah sebab utama mat nak masak kari, bayangkan kalau kulit kerang tu berkerak jee, berjelaga, erkk nak makan kuah kari tu pun rasa "segan"...hehehe
Haa..tu dia, kerang2 yang telah di masukkan ke spa, hasilnya lain kan, dari berkaratz jadi putih, hehehe, macam ini kaloo, nak masak pun tak de lah was-was., Kalau tak de watergun tak pe, basuh je sampai bersih, kalau tak kan, bawak sekali masa pi cuci kete...haa, kan depa guna water gun kan, mintak tolong spa kan sekali si kerang tu.....Ok jom semak resipi....
KARI KERANG & BETIK...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg kerang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji betik mengkal kekuningan, kupas kulit, buang biji dan potong kiub
250 ml pati santan
1 liter santan cair
Sedikit air jika perlu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna "Babas")
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawag merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci belacan
BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
KERANG TUMIS PEDAS...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Kerang secukupnya, cuci dan tos
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
15 biji cili padi siam, diketuk
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

- Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari + bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
- Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (mudah terbuka). Masukkan betik dan tambah santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau sekali sekala. Masak dengan api sederhana..
- Bila betik lembut sedikit, rasa kuahnya, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...Selamat mencuba...
KERANG TUMIS PEDAS...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Kerang secukupnya, cuci dan tos
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
15 biji cili padi siam, diketuk
3/4 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai, hingga harum. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), kacau rata dan masukkan kerang. Kacau rata.
- Tuang air dan biar mendidih. Tutup kuali tadi dan biar kerang masak 10 - 15 minit, hingga kerang mudah terbuka. Jika perlu tambah sedikit lagi garam. Hidangkan panas...hmm sedap..
13 Comments
kari kerang..wah..benda baru nih.. suka makan kerang rebus ratah cam tuh je.. makan dengan sos je..huhu..nanti boleh x wat slot untuk masakan orang bujang yang simple..thanks..
ReplyDeletep/s jom komen blog saya..
kerang saya kurreng skit..tp x pe..leh bg resepi kat makbonda buat....mak lagi.. :)
ReplyDeletenampak sangat cantik kari kerang tu... teringat arwah abah kalau basuh kerang, guna pelepah daun pisang.pastu hentak hentakkan kat kerang yg diisi dlm baldi.hasilnya memang putih..
ReplyDeletesedapnyeee CMG..feveret..slalu masak gitu je dalam kuali..xtaruk pape,air pun xletak sbb nanti air dia kua kan...pastu cicah sos thai..
ReplyDeletetime dok umah sewa dlu 3 org mkn kitorg beli 2 1/2 kilo...ratah kerang je,xdok nasi pun. hehe..
sedapnyeee CMG..feveret..slalu masak gitu je dalam kuali..xtaruk pape,air pun xletak sbb nanti air dia kua kan...pastu cicah sos thai..
ReplyDeletetime dok umah sewa dlu 3 org mkn kitorg beli 2 1/2 kilo...ratah kerang je,xdok nasi pun. hehe..
Wah kerang..peberet tu, bertambah 1 resipi kerang...klu kita, sental kulit kerang tu dgn berus basuh periuk....serius geli nk makan kerang kt kedai klu yg berkuah, sbbnya sure hitam je kulit, mana ada sental2.
ReplyDeletebetul tu kak izahdaut...
ReplyDeletemak saya pun ajar camtu sebelum tau tu kitorang adik beradik kena kerah berus kulit kerang tu dgn berus gigi khas utk kulis kerang...huhu sangat tak suka...
izah.. sama la.. mmg petua basuh kerang dgn pelepah daun pisang.. putih melepak jer..
ReplyDeleteche mat, kat sini dah 2.00 per kg.. kicik2 pulak tu. nak siang pun .. kurang sungguh kerajinan
1st time nengok kari ngan betik & masih berpakaian :P
ReplyDeletep/s : tgn sapa la yg pic last tuh, ensem la [jgn marah ye cik mat] :P
Salam Mat,
ReplyDeleteKalau kerang,masak apa2 pun sedap...yg penting masa beli tu jenis segar..yg kerang tengah ketawa besar2 tu...kalau tutup je...takmo...takut terkena yg busuk..
= Mat tau, masa akak kat US..dlm kepala otak ni dok fikir...kalau balik Msia, mknan yg akak nak sangat makan apa dia tau....KERANG...akak mmng peminat setia tau kerang ni...suka sngt..lain kali nak cuba msk mcm nilah....
salam che mat....
ReplyDelete1st time komen kt blog che mat nih tp kat fb DTS dah selalu...
actually, bukan nk komen apa pon jez nak ucap terima kasih byk2 kt che mat coz blog che mat ni, selain menyumbang & memberi idea masakan juga bahan yg boleh meringankan beban & kepala yg sarat setelah seharian bekerja.... teruskan usaha murni anda ye che mat...salute you...
salam
ReplyDeleteCMG.. petua saya nak bg bersih kerang, bubuh kunyit serbuk pastu basuh bawah paip..
salam rozuan...
ReplyDeleteWahh permintaan yeaa..ok ok nanti DTS usahakan yeaa..
salam MDT...
Hahaha, tak pe kita tukar guna kupang, lala tak pun siput sedut..MDT makan tak benda2 tu?..
salam izah...
Betul tu, tapi saya nak lagi putih, tu guna water gun.
salam sya...
Makan kerang ni jadi ketagih kan, mcm makan kuaci..
salam iman..
Tu lah pasal, kena kasi putih baru ada napsu nak makan.
salam xana...
Yess saya setuju...
salam kak nor...
kak tu akak perasan tak, kicik2 jugaa..nangess woo nak makan, tapi sebab dah nak ku rembat juga.
salam melati...
Hehehe, tu lah jenis kerang sopan, saya pun ikut style kak ida 1001 resipi tu..
salam kak yatie....
Alalala, kesiannya akak, tu lah kalau masa kat negera orang mesti dok ngidam sakan ke nak makan benda yg susah dpt.
salam ummi...
Terima kasih, DTS di FB tu pun saya nak ke aktif kan balik, exceli nak sumbang resipi kat situ..insya allah..dalam masa terdekat ni.
salam finie..
Waaaa, satu teknik baru nihh, terima kasih sudi share..