IKAN PARI BUNGKUS

Ikan Pari Bungkus
Assalammualaikum, hehehe, perlu tak mat gebu berleter?..Oleh sebab kebanyakkan N3, dia nya intro mesti mat gebu berleter tah hapa2..jadi untuk mengekalkan keaslian blog, kena lah mat gebu berleter. Kalau tiba2 je bagi salam..lepas tu terus tulis resipi, mesti ada kata yang ni bukan mat gebu, tah sapa2 agaknya...Kang ada pulak kata mat gebu nya "toyol' yang tulis..erkk. Ok N3 petang ni mat nak share satu resipi senang dan mudah. Tapi kalau malas ia jadi susaahh teramat sangat di dalam muka bumi ini..haa ambik koo!. Ikan pari bungkus ni ala2 ikan bakar berempah. Tapi mat leburkan semua sekali, bungkus dan bakar 30 minit. Lepas tu dahh siap untuk dihidangkan, sedap makan panas2...Eh tiba2 meleleh pulak air liur nampak limau kasturi tu..mustahil mat gebu ngidamm..wahhh...pingsann!!..hahaha..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ketul ikan pari (pastikan jenis lembut)
1 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar gula melaka
3 camca besar santan pekat
Garam secukup rasa
8 biji cili padi, dititik
3 biji limau kasturi, perah jusnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci cekur*
2 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
5 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 tangkai daun ketumbar*
1 helai daun limau purut*(*dikisar halus)

BAHAN LAIN :-)
1 helai daun pisang berukuran 9 x 6 inci
Aluminum foil
Belahan limau kasturi untuk hiasan
Cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit.. Cuci bersih dan tos, ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak, tumis bahan2 kisar halus hingga garing dan terbit minyak. Masukkan gula melaka, santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan perahan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. Bentang aluminium foil, alas kan dengan daun pisang (layur sedikit biar lembut). Ikan pari tadi digaul rata bersama rempah2 yang telah dimasak tadi. Masukkan hirisan daun kunyit juga. Tuang kesemuanya atas daun pisang. Taburkan cili padi ketuk.
  3. Bungkus kemas supaya tidak terkoyak masa proses membakar tadi. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit. Keluarkan dan boleh hidangkan segera. Letak belahan limau kasturi dan juga cili padi sebagai hiasan.. Selamat mencuba....

Post a Comment

5 Comments

  1. hehe memang tangkap leleh..tengok limau ngan cili tu pun dah kecur air liur..blum rasa lagi ikan tu..huhu

    ReplyDelete
  2. salam che mat, kena masuk list nih.. mintak izin copipes resipi ya.. mekasih

    ReplyDelete
  3. huh! giler la tgk pari tu pposing..menyayat hati betul !!

    ReplyDelete
  4. adeh! Terliur kita...sedap tu!

    ReplyDelete
  5. salam kalamhati...
    Betul2..memang kecurr air liurr...hehe..

    salam kak nor...
    Waaaa..terima kasih kak nor..kita tergoda bendi goreng telur tuu...

    salam nuanza...
    Pose sebelum masuk dalam perut..hehe..

    salam ct...
    Kakk..saya terliur kam cheng antik akak tuuu..huhu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.