3 KEMBAR CHEF WAN...DALAM SIMPANAN KU.


Salam semua, N3 sebelum masuk tidur dan menyambut hari Isnin dan meninggal kan 10.10.10, wahh, ada apa2 makna kee?. Cuma tarikh hari ni unik kan, nak tunggu jadi sekali lagi tahun depan 11.11.11, tu pun kalau panjang usia. Hari ni paling aktif dah pasti Enche Ben Ashaari dengan laju nya mendahuli carta..kejap2 ada N3 baru diblog beliau, dari sumber2 yang boleh dipercayai, kurang lebih 10 N3 hari ni saja!..tah2 lebih, bermaklumat yea bukan setakat omongan kosong.. hahaha, kenapa mat gebu kata gitu?...Hmm sila lah baca sendiri kalau nak tau. Ok malam ni nak review buku masakan Chef Wan yang tersohor tu. Terus terang mat cakap, mat sendiri banyak terdidik oleh cara beliau memperkenalkan bahan2 masakan. Zaman sebelum dia muncul, kalau setakat herba2 eropah ni amat kurang dikenali dikalangan kita, kecuali mereka2 yang duduk di bandar dan pekan2 besar. Lepas Chef Wan muncul di kaca TV sekitar tahun 90-an, macam ada satu nafas baru dalam industri makanan itu sendiri. Celoteh dia bukan kosong walaupun ada tu bercampur dengan lawak jenaka. Satu lagi yang dia sendiri titik berat kan, ialah food styling, itu yang mat perasan sejak dari mula lagi..


Tiga buku masakan beliau yang mat ada ialah "Juadah Manisan Istimewa Chef Wan" dan "Sedapnyaa..."..kedua2 diterbitkan oleh "Times". Dan satu lagi buku "Sedapnyaaa...2" terbitan "Marshall Cavendish@MC". Buku2 semua nya berkualiti dari segi material, harga untuk setiap satu buku RM 59.90.. Pada mat harganya tak mahal sangat dan tak murah sangat, sederhana. Gambar2 sungguh menarik, susun atur pun kemas. Cuma pada buku "Sedapnyaaa...2" tu agak kurang meriah tapi tetap kemas..Gambar2 masakan sebenarnya amat penting untuk menarik minat kita mencuba.... Berbaloi juga lah buku ini sebagai bahan rujukan. Ok itu saja setakat ini, jumpa esok, insya allahh jika panjang umur....salam sayang dari Mat Gebu....Tak lupa untuk Dato' Dr Sheikh Muszaphar Syukur dan pasangannya, Datin Dr Halina Yunus, selamat pengantin baru...

Post a Comment

7 Comments

  1. kat rumah kami pun ade buku masakan chef Wan.. mmg bole dijadika rujukan.. nmpaknye kita peminat sama yer..hehe

    ReplyDelete
  2. 3 buah buku masakan chef wan.. sama ..ada dalam rak buku saya...
    banyak juga menu yang dicuba....

    ReplyDelete
  3. kita lak...paling banyak resepi CMG yang telah di print so tinggal nak binding...resepi CMG memang mudah dan sedap! I likes... :)

    Tq CMG...ilmu yg di beri pada kita semua...

    ReplyDelete
  4. CMG pun patut terbitkan buku resepi gak ni.. :)

    ReplyDelete
  5. k.nor pun ada 2 buku chef wan yg kat atas tu.. dah try beberapa resipi tp tau aje la bahan2 dia banyak yg pelik2 sket.. kat ganu ni payah nak jumpa bahan2 gitu :(

    ReplyDelete
  6. td baca news tentang restoran jenama Malaysia cipta sejarah kt universiti UK..trus terbayang Cik Mat..mana tau one day megah tersergam kafe dapur tanpa sempadan or tiffin biru di salah satu universiti luar negara..=)

    ReplyDelete
  7. salam CMG, sy ada the first two books aje & dah cuba some of the resepi dlm tu esp cheesecake, sbb buku chef wan ni la sy byk belajar ttg cheesecake yg skrg jd sumber rezeki raya...begitu jugak dgn tip2 yg CMG selalu share kat sini..

    Tq for sharing segala resepi dan yang berkaitan disini CMG.

    Moga dimurahkan rezeki & blessed with good health always

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.