Assalammualaikun, salam Ahad....Hujung2 minggu ni tak merempit ke u all semua?...Kampung mat hujan dari pagi, sekarang ni pun mendung, cuma kejap tadi langit cerah, sempat lah juga kering baju2 semua. Ok hari ni sebagai N3 selingan nak ajak anda2 semua ke "FarmVille" mat gebu...ahaks, apa koo ingat aku tak de farmville ke, tapi pokok2 pun dalam keadaan semulajadi, bukan dah siap2 make over macam dalam facebook. Walau pun ini bukan N3 masakan, tapi ianya berhubung kait juga..jangan tatau. Kadang macam terkeliru, contohnya...antara limau purut dan limau kasturi..macam mana ek rupa dia?...haaaa...sapa nak jawab...sila2 jangan malu, kalau betul hadiah 10 juta!!!....erkk....ada orang marah, mati lahh gua lepas ni!!...


Ok, gambar pertama tu ialah pokok kuyit atau nama saintifiknya "Curcuma longa /curcuma domestica". Satu tumbuhan herba yang amat penting bagi kita orang2 melayu khususnya masyarakat nusantara. Dari daun, isi hingga ke bunganya, mempunyai nilai2 perubatan dan penting dalam masakan (kata orang pokok kunyit berasal dari alam "ghaib"..wallah hualam). Sebelahnya ialah pokok pudina atau nama saintifiknya "Mentha arvensis". Juga penting penggunaan dalam masakan, perubatan dan kecantikan...sedap ni kalau buat teh masukkan pudina..i likee!!..


Yang ini pulak pokok lemon yang ada kat rumah lama mat, tadi ingat tak de buah, masa selak2 sekali ada koo, dok bergayutan di bahagian bawah. Lemon atau nama saintifiknya " melissa officinalis", pun salah satu bahan penting dalam dunia masakan terutama di eropah. Tak sangka besau koo lemon tu, bayangkan hampir sama saiz dengan tapak tangan pak tua @ mat gebu yang sedia kata gebu dan mengiurkan itu..ahaks....Perghhh....terkejut guaaa..kus semangat!!..


Seterusnya..yang ni kalau tatau, baik duduk tengah rel keretapi jeee...antara bahan utama dalam masyarat Malaysia dan nusantara. Pokok pandan wangi atau nama saintifiknya " Pandanus Odorus". merupakan bahan penting dalam masakan terutama dalam penyediaan kuih muih melayu mau pun nyonya. Sebelah tu pulak pokok buah naga atau nama saintifik "Epiphytes atau pittaya" tergolong dalam keluarga pokok cactus. Buahnya bagus untuk menyejukkan badan dan juga sistem penghadaman, jadi kalau makan ni insya allah tak sembelit...hehe..


Pernah tengok poko herba sebelah kiri tu?...Kalau anda nak tau itu lah pokok jintan hitam atau nama saintifiknya"Nigella Sativa"...waaa nama macam tukang masak feberet mat laa, Nigella Lawson", hehe, pokok ni mat pernah sekali guna dalam masakan, ikut resipi Puan Norzalinina Nordin. Yang sebelah tu, pokok apa?..cuma teka?...hmm tatau ek, yang tu lah pokok Halia atau nama sainnya "Zingiber officinale Roscoe", salah satu bahan masakan paling penting, paling utama di dunia khususnya asia. Sangat mujarab untuk membuang angin dalam badan...mat sendiri ada kala buat ulam halia yang muda..jangan tatau...


Gambar kiri ni pula satu sayur popular di Malayisa, tapi awas, tidak sesuai bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi atau kecing manis..itu yang mat tau lah, pokok pucuk manis @ cekur manis, nama alam botani dipanggil "sauropus androgynus"..ya allah payahnya nyebut. Sedap dimasak lemak dengan keledak atau dibening bersama cendawan dan putik jagung. Waaaa, tiba2 ada bunga laa, itu bunga telang atau nama botani digelar "clitoria ternatea", satu bahan penting dalam penghasilan warna biru semulajadi berasakan tumbuhan. Meluas digunakan di pantai timur dalam penyediaan nasi kerabu. Juga salah satu bahan penting dalam alam masakan baba dan nyonya...Ok dulu semua...sampai disini siri melawat ke "FarmVille" Cik Mat..kita jumpa lagi nanti di siri ke-2...byeee semuaaa...salam sayang dari Mat Gebu....nanti kan N3 "Roti" malam nanti yeaa...