CINNAMON ROLL

Cinnamon Roll
Salam semua, N3 kedua dalam bulan Ogos ni, bulan kemerdekaan. Petang tadi masa mat masukkan N3 "Farmville", sempat juga lah melaksanakan satu tugasan membuat cinnamon roll, nampak biasa2 je kan, tapi hakikatnya mat derhakakan sedikit bahan2 dalamnya. Kalau resipi asal menggunakan tepung roti + tepung halus, kali ni mat guna tepung roti + tepung whole meal, iaitu tepung yang ada sekam, kira hi - fiber nye versi. Tapi kan cinnamon roll ni pada mat rasa dia sedap dan tidak memuakkan, cuma bukan pilihan bagi yang tak suka kayu manis. Mungkin boleh juga diubahsuai dengan menabur kelapa kering sebagai ganti serbuk kayu manis. Buat pun untuk sendiri makan , jadi pandai2 lah ikut citarasa masing2...

Cinnamon Roll
Satu adunan ni dapat dalam 10 biji cinnamon roll, dan mat guna papercup besar saiz 4 inci. Kalau nak buat comel2 pun ok juga, boleh jadi 20 biji, cuma anda perlulah bahagikan doh kepada 2 bahagian. Kalau nak tengok model cinnamon roll comel lotte, pi blog Hana kat sini..., mat punya ni saiz king....(jangan nak memandai sambung lepas "king"..tu!). Sesiapa yang ingin dan kerap meroti, mat cadangkan rembat lah satu Breadmaker....memang menyenangkan kerja anda terutama suri2 rumah..Bukan nak kata, orang kalau tak biasa buat kerja2 rumah, mereka mesti ingat surirumah ni tanggungjawab dia tak de lah berat mana...anda silappp yea....mat dah banyak tahun melalui pekara2 macam tu dan aku mula mengerti pengorbanan seorang wanita...tuu dia, terus ala2 emosi ni....hahaha....

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung whole meal
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g lemak sayur (shortening)
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan

BAHAN TABUR :-)
1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang (brown sugar)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1/2 cawan kismis,


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

Post a Comment

10 Comments

  1. Waaahhh walaupun bersaiz "king t**t, tp nampak sungguh gebusss...rajinnya ko meroti..akak ni baru balik kenduri...so ziarah2 blog je laaa..hahahahaa..simpan sebijik roti tu tuk akak nk bekfes pg esok eh..esok bg salam dengan roti siap sekali dgn kopi O eh...hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak ummi...
    Wokeyy..ada lagi 7 ketul dalam oven, utk sarapan esok...kita bersiaran di YM esok..tapi tak leh lama kot, sebab nak ke rumah "mak engku"..malas leer..

    ReplyDelete
  3. salam mat.
    masyaAllah cantiknya cinnamon roll mat. akk penah cuba sekali tp bila bakar kembang setaman. hehe...

    ReplyDelete
  4. salam anis...
    Terim kasih. Kalau buat nanti kan, gulung ketat2, lepas tu bila dah susun dalam bekas, tekan skit bagi leper..

    ReplyDelete
  5. salam cik mat...
    nampak mcm senang nak buat nih, bahan2 pun ade...
    mmm...kang buat2 tak jadik, tu yg hampa tuh!!!huhuhu!!!

    ReplyDelete
  6. errrrmmm...
    saya dh la penggermar roti n pastri nih..
    nak memeleh air liur..
    dh la lapar..
    uishh..
    en mat gebu..
    nampak sedap..
    klu puasa ni x mau tgk entri2 lama yg ade makanan sedap2..
    goyang iman..ahahaha

    ReplyDelete
  7. salam che mat gebu.. saya ni minat memasak dan mostly, masakan saya mendpt pujian (alhamdulillah). ada kawan saya yg syorkan utk melawat blog ni.. dan saya terus terpaut dgn blog che mat. harap sudi terima sy sbg rakan di dlm blog ni.. saya pun teringin gak nak postkan pelbagai hasil masakan dlm blog.. harap che mat tak kisah saya cuba resepi2 che mat ni..

    ReplyDelete
  8. woww...my fav...hehe kene try ni...hehe...thnx 4 sharing this...nyummmmm~ ^_^

    ReplyDelete
  9. salam cik mat,

    nak tanya..breadmaker cikmat tu yang mana satu jenis? BM250 ke?

    tq

    ReplyDelete
  10. ML da try buat cik mat.=).Sedap..=)

    Jemput rase..^_^
    http://miszlullaby.blogspot.com/2010/12/cinnabon-cinnamon-roll.html

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.