Nasi Jagung Serai Bermadu
Assalammualaikum semua, salam Isnin..macam letih je, tau lah tak lama lagi nak puasa, bahang2 dia pun macam dah terasakan. Actually hari ni mat nak share satu masakan biasa, tapi ada sikit kelainan. Hari tu Kak Ummi Kuantan, kenal tak kak ummi tu?..Haaa tak kenal?, lahh tak patut, dia geng bas sekolah kami..terror masak, terror segala2nya lahh..pstt anak dara dia lawaa kooo..hahaha, pitam kak ummi. Perasan tak nama resipi hari ni, ada tu sampai betulkan kedudukan, punya seram sebab ada perkataan "MADU"..ahaks, don worry lah, tu madu betul, bukan madu "gitu2" yeaa. Ini kira nasi jagung derhaka, siapa lah tak tau mat gebu, kaki derhaka resipi...takpe untuk kebaikkan kita bersama, bukan untuk kepentingan diri sendiri saja..betul tak anak2 semuaaa!!...

Nasi jagung Serai Bermadu
Nasi macam ni pada mat sedap dimakan dengan lauk2 kering, kalau nak makan dengan dalca pun ok, tapi kan rasa dia macam tak berapa nak sedap. Tu tekak memasing lah yea. Kali ni mat makan dengan acar buah dan juga gulai daging kawah, pemberian sedara kami. Nak buat acar timun, tapi benda2 tu semua tak de dalam stok, jadi belasah jee lahh apa yang ada. Pasal beras pulak, mat gunakan beras basmathi faizah, apa yang perlu pastikan anda rendam sekurang-kurangnya 20 minit sebelum digunakan, nanti nasi jadi lebih panjanggggg..... Ok jom semak resipi, mudah dan cepat dimasak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
1 tin jagung berkaling, toskan dan simpan airnya
2 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan santan (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan air yang ditos dari jagung tadi
4 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam "MAGGI" (optional)
1 camca besar madu
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, diketuk
2 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai,dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan semua bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan layu. Masukkan beras, kacau dan goreng sekejap anggaran 2 minit. Matikan api.
  2. Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker, tambah baki daun pandan, jagung. Masukkan santan, jus dari jagung berkaleng dan juga air. Hancurkan kiub ayam (kalau guna) dan masukkan madu, letak garam seckup rasa, kacau hingga semua sebati.
  3. Masak seperti biasa. Biar hingga nasi tanak dan kering. Gaul nasi tadi dengan chopstick tapi perlahan2 jangan ganas2 nanti beras patah2. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk kegemaran...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak nak guna kiub ayam pun ok, boleh ganti dengan air rebusan tulang2 ayam atau air biasa..