JOM KE FARMVILLE MAT GEBU!!..SIRI 1


Assalammualaikun, salam Ahad....Hujung2 minggu ni tak merempit ke u all semua?...Kampung mat hujan dari pagi, sekarang ni pun mendung, cuma kejap tadi langit cerah, sempat lah juga kering baju2 semua. Ok hari ni sebagai N3 selingan nak ajak anda2 semua ke "FarmVille" mat gebu...ahaks, apa koo ingat aku tak de farmville ke, tapi pokok2 pun dalam keadaan semulajadi, bukan dah siap2 make over macam dalam facebook. Walau pun ini bukan N3 masakan, tapi ianya berhubung kait juga..jangan tatau. Kadang macam terkeliru, contohnya...antara limau purut dan limau kasturi..macam mana ek rupa dia?...haaaa...sapa nak jawab...sila2 jangan malu, kalau betul hadiah 10 juta!!!....erkk....ada orang marah, mati lahh gua lepas ni!!...


Ok, gambar pertama tu ialah pokok kuyit atau nama saintifiknya "Curcuma longa /curcuma domestica". Satu tumbuhan herba yang amat penting bagi kita orang2 melayu khususnya masyarakat nusantara. Dari daun, isi hingga ke bunganya, mempunyai nilai2 perubatan dan penting dalam masakan (kata orang pokok kunyit berasal dari alam "ghaib"..wallah hualam). Sebelahnya ialah pokok pudina atau nama saintifiknya "Mentha arvensis". Juga penting penggunaan dalam masakan, perubatan dan kecantikan...sedap ni kalau buat teh masukkan pudina..i likee!!..


Yang ini pulak pokok lemon yang ada kat rumah lama mat, tadi ingat tak de buah, masa selak2 sekali ada koo, dok bergayutan di bahagian bawah. Lemon atau nama saintifiknya " melissa officinalis", pun salah satu bahan penting dalam dunia masakan terutama di eropah. Tak sangka besau koo lemon tu, bayangkan hampir sama saiz dengan tapak tangan pak tua @ mat gebu yang sedia kata gebu dan mengiurkan itu..ahaks....Perghhh....terkejut guaaa..kus semangat!!..


Seterusnya..yang ni kalau tatau, baik duduk tengah rel keretapi jeee...antara bahan utama dalam masyarat Malaysia dan nusantara. Pokok pandan wangi atau nama saintifiknya " Pandanus Odorus". merupakan bahan penting dalam masakan terutama dalam penyediaan kuih muih melayu mau pun nyonya. Sebelah tu pulak pokok buah naga atau nama saintifik "Epiphytes atau pittaya" tergolong dalam keluarga pokok cactus. Buahnya bagus untuk menyejukkan badan dan juga sistem penghadaman, jadi kalau makan ni insya allah tak sembelit...hehe..


Pernah tengok poko herba sebelah kiri tu?...Kalau anda nak tau itu lah pokok jintan hitam atau nama saintifiknya"Nigella Sativa"...waaa nama macam tukang masak feberet mat laa, Nigella Lawson", hehe, pokok ni mat pernah sekali guna dalam masakan, ikut resipi Puan Norzalinina Nordin. Yang sebelah tu, pokok apa?..cuma teka?...hmm tatau ek, yang tu lah pokok Halia atau nama sainnya "Zingiber officinale Roscoe", salah satu bahan masakan paling penting, paling utama di dunia khususnya asia. Sangat mujarab untuk membuang angin dalam badan...mat sendiri ada kala buat ulam halia yang muda..jangan tatau...


Gambar kiri ni pula satu sayur popular di Malayisa, tapi awas, tidak sesuai bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi atau kecing manis..itu yang mat tau lah, pokok pucuk manis @ cekur manis, nama alam botani dipanggil "sauropus androgynus"..ya allah payahnya nyebut. Sedap dimasak lemak dengan keledak atau dibening bersama cendawan dan putik jagung. Waaaa, tiba2 ada bunga laa, itu bunga telang atau nama botani digelar "clitoria ternatea", satu bahan penting dalam penghasilan warna biru semulajadi berasakan tumbuhan. Meluas digunakan di pantai timur dalam penyediaan nasi kerabu. Juga salah satu bahan penting dalam alam masakan baba dan nyonya...Ok dulu semua...sampai disini siri melawat ke "FarmVille" Cik Mat..kita jumpa lagi nanti di siri ke-2...byeee semuaaa...salam sayang dari Mat Gebu....nanti kan N3 "Roti" malam nanti yeaa...

Post a Comment

22 Comments

  1. tapak tangan mat yang gebu tu memang serba bolih ekk...pas tu rajin pulak mencari nama2 saintifik bunga2 tu semua..memang blog mu penuh informasi...bole tambah blog GARDENING pulak!

    ReplyDelete
  2. salam mat.. nak tambah lg satu gelaran boley tak??! ahhh boley ajer! `mat pokok`! wakakakakaa... mampuih benjol paler aku kene baling lesung! kikiki tp matgebu mmg serba BOLEH!! wa caya sama lu!!

    >>bersiaran dr shibuya,tokyo.

    ReplyDelete
  3. Memang serba boleh cik mat ni..Tapi sue suka the real farmville cik mat tu..byk pokok2 herba tu..Tak sabo nak tgk n3 seterusnya pasal real farmville ni..heeee

    ReplyDelete
  4. tahniah che mat.. ats usaha ini. dalam N3 lama akak juga ada perkenalkan pokok dlm pasu akak yg terlibat dlm masakan harian kita. akak pelik kat pokok jintan hitam tuu..akak ada tanam dah bertahun2 katanya boleh halau hantu setan kata jiran kak la..akak oula tanam halau nyamukkkk..bagus masa tu di Port dickson byk nyamuk .. la ni di Kl tgktan 6 mana ada nyamukk nyannnyukk ada laa heheh dah tua kan akak ni..
    boleh tak che mat bg cara masak guna pokok ni..baunya amat sedap mcm rempah ratus.. tapi akak takut nak gunakannya..tunjukkan ya..cyg c.g.m..hehehe jgn jelesyy..kwn2..

    ReplyDelete
  5. salam che mat, ralit baca kisah farmville che mat nih.. yg paling suka tengok buah lemon tu.. geram dgn buah yg besor gitu ..

    ReplyDelete
  6. I like your farmville intro. Boleh diteruskan dengan pokok pokok seterusnya. Boleh manafaat bagi yang tua dan yang muda belajar mengenal herba dan sebagainya.

    ReplyDelete
  7. jom merempet mat gebu :P
    hehehehe

    cantik sgt =.=

    New Entry Prof-Hariz
    Yang Hidup Pasti Akan Pergi

    ReplyDelete
  8. salam kak rose...
    Alahh kak, ada juga yg tak menjadi...ada tu pokok lama. bukan semua saya tanam..

    salam hana..
    Hahaha, weyy bes koo nama mat pokok macam rendang gitu...alah jgn lah puji segan koo aku..hehee..

    salam ibh...
    Terima kasih, insya allah saya akan masukkan N3 nanti..

    salam ilahjy..
    Pokok jintan hitam tu ada nilai perubatan, habbatus sauda tu datang dari pokok tu lah kan..ok inys allah yea resipi tu, nanti saya korek2 dulu..

    salam kak nor...
    Ha ah kak, pokok tu tumbuk atas tembok dan melempai ke bawah, sekali saya check belah bawah dia ada dekat 10 biji..besar2..

    salam zue...
    terima kasih dan insya allah, kena pi farmville abah saya pulak..hehe..

    salam pro hariz..,
    Hahaha, dah try buat pertukaran Feed macam saya dengan Ben?..apa lagi cepat cari mangsa...

    ReplyDelete
  9. Mat, I wish I can tanam all this kat sini. Baru nak tumbuh sikit dah mati because sejuk kan. Bunga telang I baru 2 kaki. Harap harap berbunga sebelum fall season and dapat lah bunga nya sikit untuk buat nyonya kueh :)

    ReplyDelete
  10. salam mat,
    berbudi pada tanah pasti ada hasilnya,
    jeles nengok.. kena2 kat lemon tu..

    ReplyDelete
  11. gert...
    Hmm susah juga kan sana..tapi i pun suka bunga telang nya blue color...cantik.

    salam cikgu isza...
    Lemon tu saya sendiri tak sedar berbuah sebab dok bawah tembok..sebab pokok tu berjuntai..belah atas tak de buah dia dok dalam..tu yg tak perasan..

    ReplyDelete
  12. salam en.mat. subur2 pokok2 tu yer. i pun tanam gak pokok pudina tapi skrg macam dah 'merajuk' jer pokok tu kat i.sedey la.

    ReplyDelete
  13. salam...N3 yang sangat bagus - dapat manfaat darinya...perkongsian ilmu dengan CMG...senang nak masak bila dah ade serba lengkap di laman @ belakang rumah....fresh lagi ...tahniah !

    ReplyDelete
  14. Huk alooooo...apasaiii cantik2 subur benor pokok2 ko Mat? Ko baja apa tu? Baja ko ek...ekekeee (*ampuuuunn)..Adoiii sejuk betul tangan ko bila kena dgn pokok2 ni eh..Akak kan kalau tanam bunga ros, ros mampus, tanam pandan, amik benih besar lebar jek daun, bila naik kat tanah akak, kecik panjang sejengkal jek daunnya, lebar pun pjg bdn semut jek..huk aloooo..menci tul nak tanam...cuma pokok pudina jek subur..agaknya sesuai tanam pokok2 negara 4 musim kot kat laman sekangkang kera akak tu..jgn terkejut la nnt kalau berbuah segala stoberi n anggur menjalar kat pagar akak tu yeaa..hahahahhhaa
    Eh Hana ni, x baik tau letak gelaran Mat Pokok, letaklah Mat Tukang Kebun keee...hahahahaa, adeh sakit perut laaa...sah2 esok kena "sembur" ni esok...ek eleee...

    ReplyDelete
  15. Salaams Cik Mat, awak ni ada green fingers. Pokok2 semuanya segar2.Kak tak tau tentang sayur favourite Kak pucuk manis tu. Padanlah darah tinggi ni susah nak turun. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  16. salam aziramsa...
    Salam puan, selalunya kan pokok2 mcm tu kena guna baja organik, contohnya najis ayam..hehe.

    salam sonata...
    Sebab rumah kami dok kwas tanah "lot", jadi agak terhad juga, kalau tanah kebun bess, belakang luas..

    salam kak ummi...
    Hahahaha, adehh akak, saya baca pun nyaris2 terkencing kes daun pandan tu. Ooo 4 musim ek, tak madannn..ahaks, esok pi kuantan bolehlah saya petik stoberi kat rumah akak..haha.

    salam jamelah...
    Sama lah feberet saya juga, tapi kan kak, mak saya ada darah tinggi, dia makan juga pucuk manis..hehee

    ReplyDelete
  17. suker dan jeles dgn pokok lemon tuuu......! i like your farmville entry mat... kat mana beli anak pokok lemon? cameron ke?

    ReplyDelete
  18. salam...tgh terpk ni..naperla pokok kunyit kat umah tu xpenah kuar bunga secantik pokok en.mat ek????

    ReplyDelete
  19. Salam en. mat

    mcm mana tanam pokok lemon tuh dari biji ke anak pokoknye?

    ReplyDelete
  20. Salam satu Malaysia...
    saya suka tengok tanamaqn yng subur dengan hasil yang indah tu...
    maaf ye nak berkongsi info je.. Lemon tu keluarga limau (Rutaceae)... namanya Citrus limon. Melissa tu nama untuk lemon balm keluarga pudina/mint. yang Jintan hitam tu memang Nigella sativa cuma pokok dalam gambar tu Coleus aromaticus memang orang panggil nama jintan hitam tapi bukan Habbtus sauda keluarga bunga Buttercup (rannunculaceae).... apa pun blog ni hebat...

    ReplyDelete
  21. Cik mat gebu yg dihormati saya nak sgt Bijih benih or anak pokok jintan hitam mana mat dapat kalu nak beli boleh tak

    ReplyDelete
  22. macam nk tanam gak pokok lemon ni..bleh perah buat minum

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.