Assalammualaikum semua, syukur alhamdulillah, untuk kali ke-2, resipi mat tersiar di Majalah Jelita keluaran Ogos 2010, dimana Fazura menjadi covergirlnya. Jauh sekali dari sifat bangga, mat dengan rendah diri mengucapkan terima kasih pada "Puan Lily Haslina" penyelaras bagi ruangan resipi di majalah Jelita, kerana memberi kepercayaan pada resipi2 mat untuk disiarkan dalam majalah mereka. Bukan nak puji, begini lah baru ada "etika", bukan main rembat, dan tepek dimajalah mereka (anda semua sedia maklumkan kes tu). Tapi mat sebenarnya tak nak lah jadi glamour dan terover expose, cukup lah seperti sekarang.... insya allahh...eh tak mo cakap habis juga kan. Kali ni resipi mat disiarkan sebanyak 4 halaman di Jelita....


Muka surat 190 ialah resipi kek sifon gula melaka, resipi memang ada di blog tapi langkah demi langkahnya hanya tersiar di Jelita. Satu lagi dimuka surat 192...


Seterusnya di mukasurat 193 dan 194. Memang gambar2 masakan ni ada diblog. TAPI jika anda lihat di dalam majalah, kejadian gambar dia amat ketara perbezaannya, mat sendiri terpaku, sebab nampak lagi menarik dan menyelerakan..serius waa cakap sama lu ni beb. Lagi satu nak puji, cara mereka meletakkan resipi2 tu..nampak lawa sangat dan kemas....Apa2 pun mat ucapkan terima kasih juga pada semua pengunjung blog, follower, silent readers dan teman2 blogger tak kira apa juga jenis aliran blog anda..Oh yea bila sebut "Jelita" kan..ehem ehem, ada sorang doktor jelita yang bukan mat nak puji, tapi sungguh rajin ke dapur, klik sini utk ke blog beliau... Ok dulu, salam sayang untuk semua dari Mat Gebu....