Rose Tart
Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua, maaf zahir dan batin..Hahhaa, kan..dah ada yang kata mat gebu otak dia tune tak betul, sejak tayang2 traffic, tak delah sebenarnya mat nak kongsi kenangan mat sejak pandai buat2 kuih raya ni. Tau tak, dalam banyak2 jenis biskut. Rose Tart yang ini lah paling mencabar...Sampai mat tergolek kat lantai dapur, nak menangis pun ada..tu lah kata orang2 tua, orang tamak selalu rugi, tapi kan nasib baik tak rugi, kerana walaupun penat, rasa geram, hasilnya bukan nak puji diri sendiri jauh sekali dari sifat riak. Sungguh lawa, ayu, manis, sweet, pendek kata ala2 anak dara umur 21 gitu (batuk2 Ben..)...Tak caya, tu tengok dalam gambar..lawaa kan, dan rasa dia pun sedapp yeopp. Mat terpegun dengan kejelitaannya lepas tengok my dear MamaFami buat, mama tu kan dia memang "Idola" ramai blogger masak2 tau sejak dia ada fotopage lagi. Masa mula2 tengok, ingatkan senang nak buat, terus mat bancuh 2 adunan, ha ambik koo, dari jam 9 pagi melantak jam 3 petang baru siap. Dah lah tu nak kena masak untuk berbuka lagi..rasa serikk nak buat, serius...tu pasal mat buat sekali jeee tahun 2008 kalau tak silap, lepas tu bila dengar nama "rose tart" terus macam nak demam...serik aku..Walaupun pernah ada resipi kat blog (klik sini..) tapi tak de gambar macam mana mat bentukkan rose tart, jadi kali ni mat share semula yeaa...ni kira ulang tayang sempena nak sambut Ramadhan. Saksikan lahh!!...(psstt...watermark kat gambar tu "bluetiffin" adalah blog lama mat, bukan gambar "CURI" yeaa).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi (mat guna "golden churn")
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem raspberry, lagi sedap)
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Pukul mentega, margerine dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
  3. Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Menghasilkan kurang lebih 40 kuntum rose tart.