Banana Shortbread
Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Diam tak diam dah hari Khamis, dan sebagai penutup N3 malam ni sebelum mat masuk beradu dibuai mimpi2 indah, mimpi beli teko dan barang2 antik, mat nak share satu resipi "Banana Shortbread" yang mana resipinya mat ambik dari buku "Alex Goh". Tapi kan ada sikit kemushkilan laah. Dalam buku tu gambar shortbread dia lawa koo, teksture dia nampak lembap dan sedap je. Tapi bila mat buat jadi juga tapi rasa dia agak kering sikit. Exceli nama je shortbread atau roti kontot kata orang2 melayu, tapi ianya sebiji macam kita buat kek. Tapi kek lagi sedap lahh...yelah kan resipi2 ni kalau kita tak cuba buat, macam mana nak tau ianya ngam ke tak dengan tekak kita. Dah buat baru tau..overall ok lah rasa dia tidak mengecewakan lahh....

Banana Shortbread
Kalau ikut resipi asal penggunaan gula dia agak banyak, tapi mat dah derhaka kan, biasalah, mat gebu, tapi ai derhaka berhemah yea, tak main curi2 punya. Nampak kilat atas kek tu mat saja sapu piping jel, kasi nampak berseri. Psstt nak gossip sikit..amacam, cun kan set Royal Albert tu...hahahaha, mula dah mat gebu cerita pinggan pulak. Yang tu nama pattern dia "Moonlight Rose"...memang kena lah dengan "tiffinbiru". Bukan nak menunjuk, cuma macam sedap dipandang mata, tapi kan mat tak kesah langsung kalau orang nak kata berlagak ke, xsen ke, suka show of ke...apa yang penting "nawaitu" kita..betul tak anak2 semuaaa....hahaha, ada yg loya nampak, kalau nak usha2 kat mana mat beli, boleh lah pi blog Datin Mona UK disini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gula peerang (resipi asal guna 250 g gula halus....sah2 manis gilaa!!)
130 g marjerin (mat guna mentega)
1 camca teh soda bicarbonate
1/3 camca teh garam halus
2 biji telur gred "A"
300 g pisang embun, dilecek
300 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
80 ml susu segar
1/3 cawan cincangan kacang walnut


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar gula peerang, mentega soda bicarbonate dan garam halus hingga berkrim dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  2. Masukkan pisang lecek, putar perlahan hingga rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis.
  3. Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul rata. Tuang dalam bekas bulat berukuran 8 inci yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Hias ikut kreativiti. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit - 1 jam, bergantung pada oven.
  4. Sejukkan shortbread atas jaringan dan kalau suka sapu dengan piping jell untuk menambah seri shortbread tadi.