Cucur Udang Geragau
Selamat pagi semua....ehh dah nak tengah hari pun..hahaha...loo terlupa nak bagi salam..."assalammualaikumm buat semua, salam hujung minggu juga. Semalam tak de N3 kan, tu tanda mat cuti masak.. Exceli masak juga tapi yang paling ringkas sahaja. Macam hari ni, pun sebab ada hal yang tak dapat dielakkan, kita cuma bersarapan cucur udang geragau. Ada juga yang paggil udang geragau ni, udang "pepai"...Udang geragau sejenis udang kecil yang digunakan untuk membuat "belacan" dan juga "cencalok....Allahh, meleleh air liur aku bila sebut cencalok....sabauu jee lahhh!!!...

Cucur Udang Geragau
Sebenarnya kan mat tak berapa nak suka lah letak N3 macam cucur atau cekodok ni kat blog, sebab benda2 ni kan biasa bagi kalangan orang2 kita, terutama masyarakat melayu. Tapi tak pe lah bes juga sesekali masukkan N3-N3 masakan yang simple dan cincai. Gaya bukan main kan, walhal cekodok aje..hahaha, tu kang mula lah ada kata nak tayang set2 teko segala...Tapi ni secara jujur from bottom of my heart...memang mat letak sekali dengan set2 lama, bukan untuk menunjuk, berlagak atau riak tapi untuk memberi satu "nilai" pada set2 yang hampir dilupakan oleh generasi2 muda zaman sekarang, jadi pada sesiapa yang ada benda2 macam ni kat rumah, elok lah simpan...percaya lah satu hari nanti anda akan nampak "nilai" benda2 tersebut....

~:Udang Geragau Kering:~

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....