SUP TOMATO PASTA.

Sup Tomato Pasta
Salam Sabtu semua, hujung2 minggu macam ni mesti ramai yang berehat di rumah, lagi pun macam keadaan sekarang ni, rasa2nya kalau nak pi jalan2 ke, macam kurang sesuai, maklumlah kejap panas, kejap hujan..pastu musim2 penyakit pulak. Dah makan ke semua, excelikan resipi ni amat mudah, alah guna tomato soup dalam tin tu saja, selalu mat guna jenama "Heinz". Kalau belah2 utara kan, ada tu depa campur tomato sup ni dalam nasi tomato. Resipi ni ringkas dan kira senang nak buat. Pasta tu boleh guna apa2 pesan atau jenis tapi mat tak sarankan guna spaghetti sebab tak cun. Lagi satu dalam resipi mat letak bay leaf, kalau tak de, tak payah guna..sebab bay leaf tu mahal gilaa koo kat Malaysia ni, hari tu tengok kat Tesco, satu botol ada lah dalam 10 - 12 helai, harga RM8+ kooo, cekik darahkan, daun kering macam tu harga dekat nak sama dengan sekilo ikan....tapi kalau ada duit terlebih tu apa salahnya nak beli tak sapa nak melarang.. Oh yea gambar bawah ni contoh tomato soup "Heinz" yang mat guna...nasib baik jari gebu i interprem sikit jeee...hehehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin tomato soup (macam dalam gambar)
1 biji bawang besar, didadu
1 batang seleri, dihiris
1/2 batang lobak merah, hiris serong
3 batang sosej ayamas berlada hitam, potong2
1 kiub ayam "Maggi"
2 helai bau leaf
600 ml air
Lada hitam kisar secukupnya
Garam dan sedikit gula
Hirisan daun parsley untuk hiasa
Pasta yang siap direbus, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang besar, bay leaf, saleri dan lobak hingga bawang layu. Masukkan bawang putih dan tumis hingga harum. Masukkan tomato sup dan sedikit lada hitam kisar, tambah air, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ayam dan sosej, perlahan kan api dan renih hingga kuah pekat sedikit. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan secukupnya pasta yang telah direbus dalam mangkuk sesuai, tuang tomato soup tadi bersama2 isinya. Tabur cincangan daun parsley dan juga lada hitam serbuk sebelum dihidangkan...
SUP TOMATO PASTA. SUP TOMATO PASTA. Reviewed by Mat Gebu on 5/08/2010 11:58:00 AM Rating: 5

8 comments:

  1. cik mat...
    tak boleh la nak buat resipi ni, byk bahan takde kat jengka ni...
    kene tggu g kuantan atau balik johor dulu...huhuhu!!!

    ReplyDelete
  2. Waahh masak Heinz Tomato Soup kat Mak Yah eiii..Mak Yah makan x ni Mat..hehee..sedap kan, cream of tomato soup nih..akak selalu gak wat makan dengan spaghetti...ni pun lama dah x buat..slurrp, terliur tgk..

    ReplyDelete
  3. salam mat.. hidangan special utk ibu tersyg la ni. bertuahnya ibu mat!!!

    ReplyDelete
  4. salam azian...
    Tak pe, bila dah cukup bahan boleh try nanti..kalau kuantan senang dapat, tapi kat Johor ni pun tak semua tempat ada jual..

    salam kak ummi...
    Kak, mereka2 iteww tak makan u benda2 mcm ni...saya dok makan 2 hari koo baru habis sup tu, kesian kan i..

    salam ain...
    Mak saya tak moo, dia tak biasa..hehe, kalau sup ayam dia suka...

    ReplyDelete
  5. tima kasih beri idea kaat rumah tu ada pasta tak tau nak buat ape..

    ReplyDelete
  6. salam hamsini...
    Sama2..eh saya pun kadang2 nak try, pasta tu kita rebus sampai lembuttt, sejukkan dan goreng garing..pastu sira pedas..rasa2 nya jadi tak yeaa..nak try nanti...

    ReplyDelete
  7. nice.............

    ReplyDelete
  8. memag kene dah ni.hari ni mood makan nasi tak ada..hehe

    resepi ringkas..

    tq sharing

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.