ASAM PEDAS AYAM KERISIK

Asam Pedas Ayam Kerisik
Salam semua, penutup N3 malam ni, mat sajikan dengan masakan asam pedas ayam kerisik....Sah2 leer ada yang kata, budak mat ni tak sudah2 dengan asam pedas...apa nak buat kan ai dah tulis dalam satu tag dulu, antara lauk kegemaran mat ialah asam pedas, jadi kita masak leer, koo orang nak ke masak, lauk yang koo orang tak suka makan?...sila jawab dengan jujur, tak de talian hayat yea.. Kali ni mat saja guna ayam, dan sebagai bahan sampingan, mat letak sawi jeruk. Yang tu optional, tak paksa letak...boleh ganti dengan apa je yang anda suka, terung, bendi, nenas atau apa2 jelah yang dirasa sesuai. Kerisik tu saja mat letak, ni kira ala2 asam pedas melaka. Cuma yang frust sikit, ketiadaan stok daun kesom dan bunga kantan, kalau anda buat, jangan lupa 2 benda tadi, baru lah "kick".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....hmmm berpeluh.......

Post a Comment

5 Comments

  1. akak pun suka mkn asam pedas. lg2 klu letak daun kesum byk2. malangnya bdk2 tak suka mkn asam pedas. so jrg ler dpt msk asam pedas. bila sekali sekala dpt, fullamakkk..x toleh kiri kanan makan.hihi

    ReplyDelete
  2. suka sangat asam pedas.. kalu dapat asam pedas Cik Mat ni mau tak bangun dari meja makan...

    ReplyDelete
  3. HARI INI CUACA PANAS,
    ESOK JUGA CUACA PANAS,
    AKU SUKER ASAM PEDAS,
    SAMPAI BILA2 AKU SUKER ASAM PEDAS!!

    hihihi...pantun kekurangan idea! :D

    ReplyDelete
  4. bestnyaa...nk try wat esok lah...thx bang mat...

    ReplyDelete
  5. salam ain...
    Betul tu kak, asam pedas belah2 Johor ni kira wajib ada daun kesom. Bukan nak salahkan budak2, saya sendiri masa kecik, "benci" daun kesom..hehe..

    salam sari yusa...
    Hahaha, bahaya gak tu. sebab tak bangun2 dari meja...

    salam hana...
    Wawawaaa pantun ek...

    PERGI KE MUAR NAIK BAS
    TERLELAP KEJAP TERUS TERBABAS
    BUKAN KO SORANG SUKA ASAM PEDAS,
    AKU PUN SUKA JUGA ASAM PEDAS,

    ....kurang idea gak nihh...hehe.

    salam pondok merah...
    Tahniah sebab dah ada blog dan terima kasih sudi singgah yeaa..

    salam wani...
    Cub jangan tak cuba.....nanti bagi feedback yeaa...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.