Salam pagi Rabu untuk semua...terkejut ke tengok pepagi dah muncul N3 baru...hahaha saja jee. Kadang2kan kalau mat buat resipi ulang tayang, rasa malass nak masukkan kat blog, contoh macam sosej roll ni, dah banyak kali buat...tah2 ada yang meluat 360 darjah, siap teleng2 kang muka, sanggup ni tengok tembok dari pandang sosej roll kat blog mat gebu..ahaks, ambik koo, keji kan ayat..tak de lah gurau2 jeee, mat pasti anda2 semua berhati mulia..tak gitu...jangan marah2 dan bermasam muka, nanti muka teruss jadi macam tu, u all nak ke...i tak relaaaa...hahaha..
Exceli resipi ni mat daun buat banyak kali tapi menggunakan pelbagai jenis adunan asas doh roti. Kali ni mat guna resipi untuk buat "bun sambal tuna" sebagai roti untuk sosej roll. Untuk yang ni mat tak letak lah yea resipi, tapi mat link kan ke resipi untuk adunan asas roti. Mat buat guna bahan2 yang sama..cuma kalau nak ganti kan tepung gandum tu dengan tepung roti pun tak de masalah, kalau nak campur kedua2 pun ok, ratio dia 200 g tepung roti dan 100 g tepung gandum. Kalau diikut2kan boleh dapat 14 biji roti sosej roll ni, tapi 1 pack sosej ayamas cuma ada 10 batang je, jadi baki dia mat buat bun saja...ok lah mat letak juga antara bahan2 yang mat gunakan....Selamat bersarapan semua, dan juga minum petang (bagi yang baca time petang...)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan asas roti, resipi boleh lihat di sini....
14 batang sosej ayamas, rebus 2 minit, toskan dan biar sejuk
Telur (guna baki telur dalam resipi)*
1/2 camca besar susu sejat*(*disatukan dan kacau rata)
Bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)

- Canai doh roti tadi dalam bentuk empat segi tepat, kemudian potong kepada 14 bahagian (dalam gambar tu mat potong 10 jee...), ambik 1 bahagian dan lilitkan pada sosej, pasti kan punca doh tadi berada dibawah lilitan pertama, ini utk mengelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selit kan bawah lilitan terdahulu. Kemaskan dan susuh dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
- Biar 45 minit hingga naik. Sementara itu panaskan oven pada suhu 190C sekurang2nya 10 minit. Sapu roti tadi dengan bancuhan telur + susu cair dan tabur dengan bijan. Bakar roti 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....
8 Comments
huhu.. 1st... nak resipi pizza plak bley =P
ReplyDeletesalam pagi rabu abang mat...
ReplyDeleteayu bukan kata tekejut jer,,,siap melatah bila perasan kat dashboard abg mat ada pagi2 buta nie...
Memang syoknya dapat makan sosej roll abang mat tu ngan minum jus lemon....sunquid pun sodap....wah!!! lapornya....(tetiba rasa nak terbang sekarang gak ke umah abang mat)..
minggu lepas mkn sosej roll beli kat giant. sedapnya. terfikir nak belajar buat. Tapi bila fikir malasnya nak menguli tu, terbantut le hasrat murni. nak kena pi beli BM la nmpak gaya.hehehe
ReplyDeletetapi kannnnnnnn....bila klik kat di sini tu, mcm kacanggg aje nak buat roti ni. hihihi.
ReplyDeletesalam tom...
ReplyDeleteLaa, nak resipi pizza kee..kat sini ada ---> http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/04/pizza-gebu.html
salam puan siti...
Tu lah roti tu senang dibuat...apa lagi senang2 esok boleh mulakan projek meroti pulak...tapi taukeh restaurant mana lahh ada byk masa..
salam ain...
Kak, sebelum ni pun saya ada buat, akak cuba tengok mana2 resipi yang paling akak kenan, nanti boleh try..
gebu betoi roti tu cik mat...suka sosej roll tp beli kt kedai je T_T
ReplyDeleteMat, cam kelakor je tgk sosej tu kena balut2 gitu kan..skrg musim ujan ya kat Sedenak..heheee, tp ko pnya doh roti nampak cukup lembut bersarang2 gitu..
ReplyDeleteSalam..saya dah try resepi nie..mmg sedap..mantap:)..thks for sharing.
ReplyDelete