KARI LAKSA

Kari Laksa
Salam semua...hari ni kan mat rasa malass 200% nak update. Cuaca panas, badan pun rasa macam tak selesa, mata berair (bukan sedey, atau makan hati yeaa...). Actually kan resipi ni mat dah lama nak buat, tapi punya lahhh malassss...Ehhh, pantang tau sebut malas, kalau mak guaa tau, sah2 kena bebel, lepas tu dia re-wind 350 kali...koo nak ke macam tu...hoho tak bley..tak bley..bukan malas..cuma rasa tak berapa nak rajin..waaa, ayat ada sikit baik..hehehe. Sebenarnyakan kari laksa ni biasa2 jeee, dan kira satu resipi fusion yang mat olah...kira aku putar belitkan beberapa resipi dan transform kan ianya ke satu resipi baru...hahaha, boleh gitu? Gasak lah kan, janji koo bahagia dan bila makan tak masuk hospital....

Kari Laksa
Kalau diperhatikan, ianya ada unsur2 laksa lemak nyonya, mee kari dan laksa2 biasa. Pada mat kan kalau tak de mee laksa tu, makan dengan spaghetti pun sedap...dah ala2 laksa Johor, tapi laksa Johor lain...ibarat langit dengan bumi perbezaannya dengan kari laksa mat buat ni I(kita punya jenis cikai2 jeee), laksa Johor kerjanya rumit, bahannya semua yang elok2...koo tau jelahh orang2 Johor ni kalau benda2 makan nak yang seeeedaappp memanjang...Sepatutnya N3 ni keluar jam 3 petang, tapi kan tergendala atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielak kan.... Ok lah kalau anda sudah bersedia, kita saksikan calon2 nya....

BAHAN KUAH KARI LAKSA :-)
2 liter air rebusan kulit udang
1 cawan susu sejat "IDEAL" (sapa nak guna santan pun ok)
7 biji tauhu "pok", dikerat dua
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 1/2 camca besar rempah kari ikan, bancuh dengan sedikit air
1 tin tuna, toskan dan tumbuk lumat
1 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji cili merah*
3 biji buah keras*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

BAHAN KARI LAKSA :-)
Mee laksa secukupnya
Telur rebus, dibelah 2
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk kesom
Fish cake, digoreng dan hiris nipis
10 - 15 ekor udang sederhana besar, asing kan kulit, dan celur, rebus kulit untuk stok
Sambal belacan - 3 biji cili merah + 1/2 inci belacan dibakar + sedikit garam = tumbuk lumat
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah kari, masak hingga terbit minyak, kacau kerap untuk mengelakkan hangus. Tambah air rebusan kulit udang dan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kerisik, daun kesom, bunga kantan dan ikan tuna, kacau rata. Tambah tauhu pok dan juga susu sejat, perlahan kan api dan kacau selalu. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan, rasa dan matikan api. Jangan mendidih lama sangat lepas letak susu, nanti kuah jadi tak cantik, kalau rasa nak tambah kuah lagi pun ok.
  2. UNTUK KARI LAKSA :- Dalam mangkuk atau pinggan mungkum yang sesuai, letak laksa secukupnya. Cedok kuah bersama tauhu pok dan curah atas laksa tadi hingga tenggelam, hias dengan bahan lain dan juga sambal belacan serta di akhiri dengan limau kasturi. Perah limau semasa menikmati laksa......enjoyy!!!

Post a Comment

14 Comments

  1. CM... nanti owang tolong tape kan ye ape bonda CM cakap tu... Meh owang lak tolong rewind kan... hehehe... Terbaek laaaa resipi ni... Suka tauhu pok yg masuk dlm kuah tu... bila makan... berair jek dlm molotttt... sedap2 :-)

    ReplyDelete
  2. akak setuju ngan mat, org johor ni klu bab2 makan memang cerewet, nak sedap segalanya. sbb tu lah bila pi negeri2 lain, asik dok komplen mknan dia org kureng berbanding johor punya masakan. ipar akak yg tua, klu pi mkn kat luar, then rasa mkanan johor yg tak sedap, dia kan ckp "ni bukan org johor yg masak ni...buat malu je..".hehe

    apa2 pun akak terliur tengok kari laksa mat tu.

    ReplyDelete
  3. askm Mat,

    tahun lepas akk pernah buat laksa johor ni mkn ngan kekawan..rujuk resepi mat juge..1st time buat mak oii ramai yg puji tak , tak pernah makanlah ..lain sikit laaa..2nd time buat dah tak sedap pulak dahhh..tak tau kurenggg kat mane..lps ni rase2nya nak buat balik lah laksa johor mat ni tak nak editlah kat mane2 pun ..biar berasap depa makan..akk setuju juge org johor ni mmg pandai mkn sedap2 ..pernah duduk kat Kota tinggi jadi anak angkat 1 minggu masa belajar dulu..hari2 mak angkat tu buat kueh pelbagai..naik malu pulak akk..dok menganga je hari2 ..malu2 pun melantak juge hihihiiii...

    ReplyDelete
  4. salam mat..makcik tak pernah makan kari laksa ..selalunya mee / spagetti..makcik nak cubalah..raasanya mesti sedap..tenguk gambar je dah meleleh air liur ni..

    ReplyDelete
  5. Mat, org Johor yg nak makan sedap2 tu ko la kan..xleh kurang lemak, xleh kurang gebusss...lepas makan tergolek jek, silap2 x bernyawa...mst gajah suka, sebab kenduri lemak mahal ko..wakakaa

    ReplyDelete
  6. CMG,

    Ahhh tidak! Naper la terclick dengan sengaja kat Kari Laksa nih! Tengok gambo jek terus lapo. I agree on the combination of kari + laksa makes the meal just delicious!

    * tak sabo menunggu kotak dari mesia sampai, buleh buat kari laksa!

    ReplyDelete
  7. Cik mat oooiii.. dah tengah malam tapi tengok mat nyer laksa sungguhlah lapo jadinya... tolonggggg.... kuih bom da berbiji2 makan nak gak kari laksa tu....ngences je

    ReplyDelete
  8. salam,
    dah cuba banyak kali tapi xleh terima resepi yang ni.. mungkin dalam pemahaman kalau laksa jer mesti kuahnya cenggini2..

    ReplyDelete
  9. nak tanya, kulit udang tu nak direbus berapa lama? udang yg kecik2 tu ker atau udang galah yg best guna? Thanks atas resepi tu...

    ReplyDelete
  10. cik mat.. nak tumpang duk umah cik mat boleh.. (kenyang la aku dpt mkn sedap2) wakkakaka.. =P

    ReplyDelete
  11. salam rishazalia...
    hahaha..adxehh siap nak tolong record kan lagi ek..yep kalau peranakan depa sure pakai tau pok utk laksa..

    salam kak ain...
    tu lah, orang johor ni kalau bab2 tu nak sempurna jee kan, nak yang bes yang sedap....selalunya orang dulu kala, kalau era2 kita ni tak de lah sangat..

    salam kak nor64...
    tu lah saya dah kata, lepas tu kan suka komplen pulak tu, sabar jee aku..

    salam mohdanmeriam..
    Kira ni alternatif kalau tak de spaghetti atau mee kuning...kalau gun amee hoon pun ok jiga kak..

    salam kak ummi...
    Amboi..amboi..amboii molot, seksi nampak ayat2 cinta..hahahaha,

    salam aida rezuan...
    Hahaha, sori2..saya pun tak sengaja ter letak N3 yg mengguda ini..haha

    salam kak rose...
    Lain kali saya letak n3-n3 macam ni waktu siang ye kak rose...

    salam cikgu isza...
    Setuju, biasanya kita dah tetap kan mind set kalau laksa mesti kuah macam ni...

    salam eddy...
    Kulit udang tu rebus dalam 15 minit pun ok, guna udang biasa pun boleh tapi pilih yg saiz kurang lebih besar mcm ibu jari. Udang tu pulak celur sekejap je dalam 2 minit..

    salam tom...
    wawawaaa..ada hati..hahaha, boleh, sebelah rumah saya ada masjid, boleh ke, kalau sebelah lagi cuna ada tanah kosong..tak de apa2..hehe

    ReplyDelete
  12. thanks..aku tnya sbb nak try kari laksa ni sbb kat Sarawak, susah nak jumpa kari dan laksa dimasak sekali...

    ReplyDelete
  13. sgt gembira jumpa blog niiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  14. sedap!!! kiter dah cuba dah..cuma kita tambah cili boh beberapa sudu....yummy! semua kata leh bukak kedai...hahahha tq mat gebu!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.