Pengat Pisang Dan Ubi
Ok, sebelum "Selamat Malam" ala2 lagu pezal tahir tu, mat nak letak last N3 untuk hari dan malam ni, sebenarnya masak petang tadi, saja lah nak share, kalau tengok nama resipi pun...alaaaa, semua orang tau buat, masakkan cikai2 jee.. Pengat ialah satu manisan yang begitu sinonim dengan orang Johor, kalau bulan2 puasa kan, kira macam wajib, ada manisan macam ni..Biji sago rumbia salah satu bahan penting sebagai penyeri. Selain pisang, nangka, keledek, keladi, labu, ubi, pisang atau gabungan antara bahan2 tadi juga boleh dijadikan satu jenis pengat pelbagai isian... Ada juga orang2 jawa yang guna keladi "busuk" sebagai pengat, keladi tu bewarna hitam dan rasa kenyal bila dijadikan pengat...Rasa dia..hmmm....no comment...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
2 1/2 camca besar biji sago rumbia, cuci dan toskan
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong kecil*
1/3 cawan gula pasir*(*dimasak hingga larut dan tapis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi kayu, dikupas, potong dadu dan rebus hingga empuk, toskan. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan air gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih, tambah ubi rebus dan biji sago rumbia. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
  3. Bila biji sago kelihatan jernih, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah sedikit lagi gula pasir (ikut suka, nak manis letak lebih, tapi pengat ni manis2 manja dah sedap....)
  4. Biar mendidih sekejap hingga pisang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh dihidangkan panas atau sejuk, boleh juga dimakan bersama roti putih....