OHH!!...NASI LEMAK..

Nasi Lemak
Assalammualaikum, salam Sabtu untuk semua. Kemeriahan semalam semasa berbual sakan dengan teman2 blogger yang berkunjung masih terasa, kadang2 benda ni ibarat mimpi, bangun pagi tadi masih tertanya2..betul ke tak apa yang terjadi semalam. Tapi bila tengok pinggan mangkuk yang telah siap dicuci, baru lah kepercayaan tu timbul, dasat kan sampai macam tu sekali. Excelikan mat dah biasa juga melayan tetamu yang agak ramai, tapi tu lah, keadaan gementar tu masih wujud terutama menerima mereka2 yang pertama kali bertandang...Tapi lepas tu semua jadi ok dahhh....tak caya tanya mereka2 yang dah datang, macam bullet train koo aku borak...tak de masuk mana2 simpang, terussss jeee...Ok, semalam sambal tumis yang mat masak ada berlebih, jadi atas permintaan bonda ku, maka pagi tadi mat masak lah nasi lemak....

Nasi Lemak
Kalau kita perhatikan nasi lemak ni antara makanan warisan orang2 Malaysia, mana taknnya, femes betul seluruh Malaysia tak kira bangsa semua makan nasi lemak, dah lah tu ada macam2 versi nasi lemak, ada tu nasi lemak kukus, nasi lemak nyonya tapi bahan asasnya sama je, beras, santan, daun pandan dan garam. Tapi ada juga yang divariasi kan, macam mat sendiri dalam nasi lemak, ada dicampurkan halia, bawang putih, bawang besar, serai dan daun pandan (wajib). Ada juga yang tambah halba.. Apa2 versi sekali pun pastikan ianya menepati selera anda sekeluarga dulu....Resipi sebenarnya sama macam yang lepas, tapi dari kosong, baik mat tulis lagi, tengah rajin nihh..hehehe...

BAHAN UNTUK NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit, dan toskan
6 cawan santan
1 batang serai, dititik
2 helai daun panda, disimpul
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (mat guna sambal tumis sotong)
Timun, dihiris
Telur, goreng mata kerbau atau didadar
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sedikit (anggaran 1/2 camca teh). Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul tanak2, karih nasi tadi, gunakan chopstick dan balik kan 2 - 3 kali sahaja untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan sampingan. Yang ni optional, kalau nak tambah lauk lagi pun ok, macam ayam goreng atau ikan goreng...Selamat mencuba..

Post a Comment

7 Comments

  1. aku tengah lapo nih mat petang2! sejuk plak tuh! bak sepinggan mat!... bismillahirrohmanirrohimmmmmm......

    ReplyDelete
  2. salam CMG

    aduh...sorry lah kami terjah sambil tinggal jejak..sure cik mat kepenatan hilangkan jejak kami..kikikikiki

    cik mat....bab sambal tumis tu..alahai...awat lupa rembat...sure ayu leh makan tengahari nie...;nasi lemak nie peberet ayah mertua ayu..

    (bila agaknya CMG nak terjah umah ayu pula,....)

    ReplyDelete
  3. salam hana...
    Alaaa. kesiannyaaa..tapi tulah ni kat Johor dah malam, esok2 jee lah ek aku antau, aku masakkan yg baru..amacam?..

    salam ayu...
    Ishh kalau penat pun, berbaloi sangat dengan kehadiran ayu, ben dan rakan semua...apa yg kita buat dgn ikhlas, insya allah kurang rasa penatnya...

    ReplyDelete
  4. Mat
    Pinggan yg isi nasi lemak tu cantik sgt, kat mana mat beli.

    ReplyDelete
  5. Menggoda..
    heheh.. especially set hidangan..
    adeeh.. teruja..

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.