Laxsamana Mengamuk
Assalammualaikum semua, salam Isnin....Panasnya cuaca, kalau keluar kejap je dahh berpeluh, kat kampung cuaca pun dah hangat, apa lagi di bandar2..betul tak?...Ok hari ni mat nak share satu jenis minuman yang direka cipta oleh orang2 di negeri Johor. Nama saja cukup gerun kan, "Laxsamana Mengamuk"..tuu dia, macam nak makan darah jee...tapi hakikatnyya ia berasal dari satu sejarah yang berlaku zaman dulu2 kepulauan Riau, seperti sedia maklum Riau adalah jajahan Johor pada zaman dahulu. Menurut "Kak Zura" yang resipi ni mat ambik dari blognya...Kesah berlaku di Riau, seorang laxsamana ni mengamuk di kebun buah kuini, beliau menebas2 pokok kuini dan menebangnya, maka bergelimpangan buah tu merata2. Seorang ibu dikampung tersebut telah mengutip dan dan mengupas buah tadi, diraciknya kasar2, dicampur santan pekat dan gula..maka jadi lah sejenis minuman. Mengenangkan peristiwa itu maka minum tadi digelar "Laxsamana Mengamuk"..begitulah kesah sejarahnyaaa....sekian sejarah hari ni yeaa anak2 semuaa. Terima kasih mat pada kak zura dari blog "Warisan Iskandar Puteri" kerana berkongsi resipi warisan ini. Untuk melihat dan mempelajari sejarah dan masakan orang2 Johor, boleh singgah di blog beliau di sini......

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula seculup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini, dicuci bersih, kemudian kupas dan racik isinya kasar. Buat hingga siap dan masukkan dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Santan dijerang bersama secubit garam, daun pandan dan gula pasir secukupnya (yang ni agak2 lah yea, tapi tak payah manis sangat, sebab buah tu sendiri dah manis). Kacau rata hingga gula larut, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
  3. Masukkan air batu secukupnya dalam jug, diikuti dengan hirisan buah kuini dan santan tadi, kacau rata dan biar sekejap hingga sejuk. Boleh hidangkan, baunya cukup harum dan menyegarkan....