Terung Sambal Sotong
Salam Jumaat yang mulia untuk semua, apa khabar, hari ni mat masukkan N3 awal sikit....N3 semalam ada komen dari Puan Siti Rahayu, suruh mat masak cincai2 kan..Ok, hari ni mat masak cincai2... Exceli resipi ni senang gila, buat sambal sotong, pastu terung tu goreng, toskan dan susun dalam pinggan, koo curah jee lah sambal tu. Kalau yang diet, terung tu boleh salai dalam non-stick pan, sapu sikit minyak zaitun. Masakan ni macam ada pengaruh orang2 peranakan, tapi mat letak bawah kategori sambal. Bukan apa, kang kalau bawah label "nyonya delicacies" kena pulakk aku berpantun...nanti ada yang muntah ijau pulakkk membacanyaa.....ok jom semak resipi senang teramat sangat nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru
350 g sotong sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 camca besar cuka makan (mat guna jenama "JALEN")
3/4 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong sederhana tebal. Rendam dalam air bercampur sedikit garam. Sotong dibersihkan, kerat2, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Toskan terung tadi, lap kering dengan paper towel dan goreng hingga bertukar warna. Angkat dan toskan atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Susun dalam pinggan sesuai, ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggal kan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Tambah sotong dan hirisan bawang. Kacau dan masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal tadi atas terung, ratakan dan hidangkan segera bersama nasi hangat.....hmmmm...
CATATAN MAT GEBU :- Terung tu kalau tak nak goreng, boleh juga dipanggang dalam non-stick pan, sapu sedikit minyak zaitun pada terung dan salai (tapi hiris nipis sikit). Kalau tak boleh makan cuka, boleh ganti dengan perahan jus limau kasturi atau asam jawa atau asam keping, ikut suka hati luu orang....